Sedap sangat pulut panggang ni, lagi-lagi kalau makan untuk minum petang atau bila-bila masa sahaja pun sesuai. Cara nak buat pun mudah sangat, boleh lah buat untuk disimpan sebagai stok frozen dalam peti ais. Bila nak makan, panggang je.
Ini Cara Buat Pulut Panggang Frozen
Resepi pulut:
- Beras pulut cuci bersih-bersih, rendam setengah jam kemudian kukus sehingga masak.
- Keluarkan pulut yang dah siap kukus tadi dan gaul dengan santan dan secubit garam. Kemudian kukus lagi dalam beberapa minit. Tujuan letak santan itu supaya pulut rasa berlemak dan lembut. Dan masak, sejukkan seketika.
- Daun pisang dilayu terlebih dahulu supaya senang nak proses gulung nanti.
Resepi inti:
- Kelapa parut jangan pilih kelapa yang terlalu tua, yang sedang-sedang sahaja untuk buat inti kuih.
- Kisarkan cili kering, kunyit hidup, udang kerimg, jintan manis, jintan putih, halia, serai, bawang merah dan bawang putih.
- Sediakan kuali, kemudian masukkan kelapa dan bahan-bahan kisar. Masukkan sedikit air, masak inti dengan api sederhana. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan gula perang dan garam. Pastikan secukup rasa, masak sehingga inti menjadi kering.
- Siap, ketepikan.
Cara-cara gulung:
- Ambil pulut dan leperkan. Kemudian masukkan inti dan kepal-kepal supaya inti tertutup.
- Kemudian gulung dengan daun pisang sehingga kemas. Kepilkan guna lidi atau stapler pun boleh.
- Dah siap boleh panggang atau di frozekan dan panggang bila nak makan.
- Selamat mencuba!
Kredit: SuiSan Aliezsha