Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Kari Ayam Tak Perlu Kisar Bahan Tumis, Memang Padu!

Cara Masak Kari Ayam Tak Perlu Kisar Bahan Tumis, Memang Padu!

Kategori: ,
Masak Kari Ayam

Ibu-ibu mesti mencari resepi yang mudah untuk dimasak sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam kan?

Buat anda yang sedang mencari resepi nak masak kari ayam yang sedap dan tak perlu kisar bahan tumis, jom cuba resepi perkongsian daripada Nurul Jannah Zakariar ini.

Cara Masak Kari Ayam Tanpa Perlu Kisar Rempah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam saiz sedang – bersihkan dan potong kecil
  • 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
  • 3-4 ulas bawang putih – dimayang
  • 1 cm halia – dimayang
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 paket kecil serbuk kari ayam
  • 1 paket kecil serbuk cili
  • 2 sudu teh cili boh
  • Garam kasar secukup rasa
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 kotak kecil air – sukat guna santan kotak
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • Sedikit gula – untuk melemakkan kari
  • 4 biji cili merah – belah 2

Cara-cara:

  1. Tuangkan minyak. Dah panas minyak kemudian masukkan 4sekawan, hirisan bawang merah bawang putih dan halia.
  2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan daun kari.
  3. Diikuti rempah kari ayam/daging dan cili serbuk. ( Saya pakai jenama kari adabi dan serbuk cili babas ) Tambah sedikit sahaja cili boh. Gaul rata, tambah air sedikit.
  4. Masukkan garam halus/kasar ( Sy lebih suka pakai garam kasar ).
  5. Kemudian masukkan ayam. Siap cuci bersih ( Ayam sy tu 1ekor sedang ).
  6. Gaul rata kesemua bahan.
  7. Masukkan santan fresh atau santan kotak. Jika nak pakai kara mcm saya tuangkan air dalam kotak tu 2x.
  8. Masukkan ubi kentang.
  9. Kemudian masukkan pes asam jawa ( Saya pakai pes asam jawa adabi extra ).
  10. Sedikit gula ( Tujuan utk melemakkan kari ).
  11. Campak cili merah belah tengah ( Sebagai hiasan ).
  12. Siap! Selamat mencuba.

Kredit resepi: Nurul Jannah Zakariar

Selamat mencuba!

tags: