Resepi bihun sup mudah & sedap, perkongsian daripada Cikgu Afy Al Habibi di laman Facebook. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas dan mudah.
Pasti puas hati. Jom cuba!
RESEPI BIHUN SUP SEDAP & MUDAH
Bahan-bahan:
- 1/2 bungkus bihun
- Sedikit serbuk kunyit
- Sawi secukupnya – potong
- Tauge secukupnya – celur
- Bebola ikan secukupnya – celur
- Hirisan daun sup secukupnya
- Bawang goreng secukupnya
Bahan kuah sup:
- 4 ketul isi ayam
- Kaki dan leher ayam secukupnya
- 1 sup bunjut
- Air secukupnya
- 1 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
Cara memasak:
- Masukkan 4 ketul ayam + kaki dan leher ayam dalam periuk.
- Penuhkan air dan masukkan satu rempah sup bunjut. Biarkan kuah sup mendidih perlahan.
- Perasakan dengan satu kiub ayam knorr dan garam secukupnya.
- Keluarkan isi ayam selepas masak.
- Selepas sup masak, keluarkan semula rempah sup bunjut tadi untuk menghasilkan kuah yang tidak beraroma kuat.
- Isi ayam yang dikeluarkan digoreng seketika. Carik-carikkan isinya sebelum dihidangkan.
- Panaskan air sehingga mendidih. Celur fishball sekejap.
- Sawi juga dipptong dan dicelur seketika. Rendam dalam air sejuk untuk mengekalkan warna dan kerangupannya. Toskan.
- Masukkan bihun. Tambahkan sedikit serbuk kunyit. Kacau. Selepas melembut, tapis airnya. Lalukan bawah air. Toskan.
- Cara hidangan ialah, masukkan segenggam bihun, masukkan kuah menutup bihun, lengkapkan dengan isi ayam, fishball dan sayur. Kemudian taburkan dengan daun sup serta bawang goreng. Masukkan juga satu sudu sambal kicap dan perah asam limau.
RESEPI SAMBAL KICAP AWESOME
Bahan-bahan:
- Segenggam cili padi hijau dipatah-patahkan
- 4 ulas bawang putih
- Kicap lemak manis secukupnya
- Sedikit kicap pekat
- Sedikit kicap cair
- Sedikit gula
- Secubit garam
Cara-cara:
- Goreng seketika dua bahan di atas.
- Masukkan dalam bekas pengisar.
- Tambahkan kicap Jalen lemak manis menutupi paras bahan tadi. Masukkan sedikit kicap pekat dan kicap cair.
- Perasakan dengan sedikit gula dan secubit garam
- Kisar sehingga lumat.
Kredit: Afy Al Habibi (Facebook)