Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Rahsia Masak Maggi Kari Tomyam ‘Kebabom’, Memang Lain Dari Lain

Ini Dia Rahsia Masak Maggi Kari Tomyam ‘Kebabom’, Memang Lain Dari Lain

Kategori:
maggi kari tomyam

Resepi maggi kari tomyam ini dimasak dengan cara yang sangat istimewa. Gabungan rasa kari dan tom yam bersatu dalam kuah yang sangat lazat. Tak cuba belum tahu kesedapannya takat mana kan? Jom cuba buat menggunakan resepi perkongsian oleh Afy AL Habibi.

Rahsia Masak Maggi Kari Tomyam ‘Kebabom’

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Tumis 3 ulas bawang putih. Diikuti bahan di bawah:
    – 1/4 bawang Holland
    – 3 helai daun limau purut
    – sebatang serai dipotong tiga
    – sehiris lengkuas
    – sehiris halia
    – dua batang cili
  3. Selepas naik bau, masukkan kepingan isi ayam yang dihiris.
  4. Kemudian tambahkan 1 sudu besar pes tomyum.Cikgu guna pes di atas buat pertama kali. Rasa asli ada autentik Thai tersendiri.
  5. Kemudian tambahkan 1 1/2 cawan air.
    Tambahkan perencah maggi.
  6. Untuk memekatkan kuah, tuang satu sudu besar sos cili dan 1/2 sudu besar sos tiram.

    Tambahkan secubit gula dan garam jika perlu.

  7. Tambahkan sayur yang disukai.
    Cikgu suka kubis bunga. Biarkan sayur melembut.
    Kemudian barulah masukkan 3 biji cendawan shitake dan sedikit hirisan tomato.

  8. Masukkan seekor sotong yang dipotong dan dicuci dakwatnya.
  9. Selepas itu masukkan udang dan sedia dimasukkan maggi.
  10. Balik-balikkan.
  11. Tutup api sebelum maggi mengembang.
  12. Sedia untuk dihidangkan.
    Perah asam limau sebelum makan.
    Rasanya pasti membuka selera.
    Selamat mencuba.
  13. Semangkuk yang penuh rasa istimewa.

Kredit: Afy AL Habibi

tags: