Resepi pavlova yang gebu dan lembut oleh Anissa Mardhiah. Yang penting, pavlova tidak penyek, baru cantik untuk dihidangkan. Nak tahu rahsianya? Baca resepi dibawah sehingga habis.
Ini Dia Rahsia Pavlova Yang Gebu, Lembut & Tak Penyek
Bahan-bahan:
- 6 biji putih telur
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 1 1/2 sudu kecil cuka
- 1 penutup esen vanila
- 1 cawan whipping cream (dairy)
- Buah2 untuk topping
Cara-cara:
- Asingkan 6 biji telur putih, jangan ada sikit pon telur kuning. Gunakan mixer dan mix putih telur tu sampai kembang (soft peak).
- Masukkan gula sikit-sikit sambil mix hingga berkilat.
- Masukkan tepung jagung (effect dia nanti pavlova jadi chewy macam marshmellow), cuka dengan esen vanila.
- Mix hingga jadi stiff peak (tajam), kalau tonggeng bekas tu pon dia tak jatuh.
- Panaskan oven 140°-10 minit.
- Alas baking tray dgn baking paper, scoop kan meringue tadi bentukkan jadi bulat.
- Bakar suhu 110° selama 75 minit. Ok part ni yang sensitif. Dah siap nanti JANGAN terus bukak oven tau, biar je pavlova tu sejuk sendiri dulu dalam tu, sejam baru renggangkan sikit pintu oven tu, dah sejuk betul baru boleh keluarkan. Kalau tak dia penyek.
- Untuk topping, guna mixer dan mix whipping cream (pastikan nak guna baru keluarkan dari peti ais) sehingga kental.
- Bila pavlova dah sejuk boleh letak whipped cream atas tu, dan tabur lah buah2 ikut citarasa. Siap!