Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Resepi ‘Legend’ Rojak Mee Yang Mudah & Sedap

Ini Dia Resepi ‘Legend’ Rojak Mee Yang Mudah & Sedap

Kategori:
Rojak Mee

Resepi lejen rojak mee perkongsian oleh SuiSan Aliezsha. Menurut dia, ia merupakan resepi arwah ibunya yang juga digunakan untuk berniaga. 

Ini Dia Resepi ‘Legend’ Rojak Mee Yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan hiasan:

  • Tahu putih (goreng potong²)
  • Kentang rebus sebijik² bagi empuk (toskn potong)
  • Telur rebus
  • Taugeh
  • Lada besar
  • Timun
  • Mee kuning

Bahan kuah:

  • 1 paket biskut marie patah² kan (sy guna cap ping pong)
  • Kentang rebus 3@bijik ( Blend)
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Bawang putih 3 ulas (blend)
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara buat kuah:

  1. Tumis sedikit minyak, masukkan bahan blend masak sehingga naik minyak.
  2. Kemudian masukkan air, selepas mendidih masukkn kentang yang dblend.
  3. Masukkan biskut marie, kacau sehingga biskut hancur. Masukkan tepung jagung, pastikan gula garam secukup rasa.

Bahan kuih rojak:

  • Tepung gandum 2 senduk
  • 2 sudu besar yis
  • Daun kucai

Cara-cara buat kuih rojak:

  1. Satukan tepung, yis dan secubit garam. Bancuhkan tapi jangan terlalu cair.
  2. Masukkan kucai dan perap dalam beberapa minit kemudian goreng.
  3. Goreng menggunakan hujung sudip untuk dapatkan kuih rojak yang panjang-panjang.
  4. Nak goreng cara apa pun tak kisah.
  5. Selamat mencuba.

 

tags: