Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Resepi Macaroni Bakar Yang Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Ini Dia Resepi Macaroni Bakar Yang Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Kategori: ,

Ini dia resepi macaroni bakar yang sedap. Memang menjadi kegemaran anak-anak dan orang dewasa. Nak sediakannya juga tidak terlalu susah.

Ini Dia Resepi Macaroni Bakar Yang Sedap, Kegemaran Anak-Anak

BAHAN-BAHAN:

  • Sepeket makaroni (sis guna kimball yg mcm tiub beskal )
  • Bawang holland 1 bj, bwg putih 3 bj, halia (cincang kiub)
  • Minced meat (ayam/daging)
  • 2 tin sos prego tradisional (merah)
  • Susu fresh milk
  • Cheese slice
  • 2 sudu butter
  • Sesudu tepung gandum
  • Cheddar cheese / mozarella cheese (utk topping)
  • Telur 2 biji

CARA PENYEDIAAN:

Makaroni :

  1. Rebus makaroni bersama minyak zaitun sesudu dan garam sikit.
  2. Angkat dan tos

Sos merah :

  1. Tumis bawang besar, bwg putih, halia
  2. Masukkan minced meat separuh saja, xyh banyak
  3. Masukkan 2 tin sos prego
  4. Perasakan dengan garam, gula jgn lupa ye dlm 2 sudu nak bg rasa masam manis
  5. (Optional) Boleh tmbah air dlm setengah cawan utk bagi kuah banyak tp jangan letak byk sgt nnt lembik plk

Sos putih :

  1. Panaskan butter
  2. Masukkan sesudu tepung gandum (Make sure api slow nnt butter hangus)
  3. Masukkan susu fresh setengah cawan
  4. Dah gelegak masukkn cheese slice 2 /3 keping
  5. Tutup api
  • Makaroni yg direbus tadi digaul bersama telur 2 biji utk melekatkan sos putih dan sos merah bersama. Pastu, letakla topping cheese tu, yg tu anak2 suka sbb byk cheese 
  • Bakar selama 30minit suhu 180c

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Najihah Zakaria

Baca juga: Resepi Dan Tips Chocolate Oreo Cheese Bite No Bake Yang Enak, Sangat Mudah

tags: