Ikutilah perkongsian daripada Cikgu Afy AL Habibi mengenai nasi paku atau juga lebih dikenali dengan nasi sumatera. Nasi sumatera ini sangat terkenal di Kelantan. Ianya bukan sahaja disukai oleh orang Kelantan tetapi orang daripada negeri lain juga turut menyukainya.
Bagi orang Kelantan tetapi tidak menetap di Kelantan buat masa ini pasti merindui nasi sumatera ini kan? Jadi apa kata anda buat sendiri je. Bukan orang kelantan pun boleh cuba buat. Rujuk je resepi kat bawah ini. Mudah sangat cara yang digunakan oleh cikgu Afy AL Habibi ini.
Ini Dia Resepi Mudah Nasi Termashyur Di Kelantan, Nasi Paku Atau Nasi Sumatera Yang Menyelerakan
RESEPI GULAI KERUTUK CIKGU AFY
Bahan-bahan:
Pes bahan kisar : Anggaran bahan untuk 1/2 kilo daging.
- 3 biji bawang merah saiz bola pingpong
- 1 ulas bawang putih
- 2 hiris bulat serai
- sehiris nipis halia
- sehiris nipis lengkuas
- 1/2 sudu kecil jintan putih+ 1/2 sudu kecil rempah ketumbar
*Kisar semua bahan di atas hingga lumat.
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak secukupnya. Tumis 4 sekawan. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi.
- Masukkan pula 1 sudu besar cili kisar.
- Masukkan 3 1/2 sudu besar rempah kerutuk Cikgu Afy. Kacau menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Barulah ditambahkan dengan 1/2 cawan air.
- Masukkan pula perasa peringkat pertama. Sedikit garam, nisse kampung dan perasa.
- Daging 1/2 kilo yang dipotong nipis dan sedikit lebar pula dimasukkan. Kacau rata sebelum periuk ditutup. Biarkan selama 40 minit menggunakan api yang perlahan.
- Selepas itu, tambahkan pula 1 sudu besar kerisik. Kemudian masukkan santan 1/2 cawan. Tambahkan sedikit air.
- Tambahkan perisa peringkat kedua hingga cukup rasa. Renehkan lagi dengan api perlahan lebih kurang 30 minit untuk rasa yang lebih menyerlah sebelum ditutup apinya.
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH
Cikgu hanya guna rempah ayam berempah Cikgu Afy. Senang sangat. Hanya gaul dan tunggu goreng je.
Atau cikgu ubahsuai separuh dari resepi asal yang menggunakan serbuk segera.
Bahan-bahan: (Untuk 5 ketul ayam)
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu besar rempah kari
- 1/2 sudu besar cili kisar
- 1/2 sudu besar perencah / ajinomoto
- 1/2 sudu besar garam
- secubit gula
- 2 batang serai dan 2 hiris halia ( kisar)
- daun kari
Cara Penyediaan:
- Kacau semua bahan sehingga lumat. Masukkan 1/2 biji telur dan 1 sudu gandum.
- Perapkan bahan dengan ayam yang digoreng selama 30 minit. Kemudian goreng sehingga keemasan.
RESEPI SAMBAL PARU DENDENG
- Sediakan sambal nasi lemak ikut resepi cikgu sebelum ni.
- Untuk 1/2 kg paru, ambil 3 sudip dari sambal tersebut.
- Masukkan 2 genggam bawang goreng, 2 tangkai daun kari, 1 batang serai diketuk, 3 helai limau purut ( semuanya digoreng terlebih dahulu)
- 1 sudip kicap lemak manis dan kacau sebati.
- Kemudian, masukkan paru yang telah digoreng terlebih dahulu. Gaul mesra.
- Siap!
RESEPI SAYUR GORENG KUNYIT
Tumbuk bahan di bawah:
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 tangkai cili padi
Cara Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau. Masukkan juga 1 sudu kecil serbuk kunyit dan sedikit lada sulah. Tambahkan sedikit air.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan sayur kubis yang telah dihiris halus. Biarkan sehingga sayur kubis masak.
- Akhir sekali masukkan taugeh dan timun batang yang telah dipotong kecil. Siap.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Facebook Cikgu Afy AL Habibi