Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Memang Tak Puas Makan, Ini Dia Resipi Kek Coklat Karamel Moist Yang Dijamin Sedap!

Memang Tak Puas Makan, Ini Dia Resipi Kek Coklat Karamel Moist Yang Dijamin Sedap!

Kategori: ,
Kek Coklat Karamel Moist

Memang ‘berhantu’ betul kek coklat ni, memang tak puas makan bila dah masuk mulut! Lagi-lagi bila kek coklat digabungkan dengan pelbagai kek lain seperti puding karamel, gabungan itu menghasilkan kek coklat karamel moist. Cuba bayangkan, puding caramel yang lembut dan berlemak tu digabungkan dengan kek coklat yang lembap, fuhh lazat!

Jadi apa kata jom cuba buat kek coklat karamel moist yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat ni, memang tak akan mengecewakan.

Resipi Kek Coklat Karamel Moist

Bahan karamel:

  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 3 bji kening telur
  • Esen vanila

Cara-cara:

  1. Putarkan sampai sebati dan masukkan dalam loyang. Kukus 25 minit. Sejukkan.

Bahan lapisan kek coklat:

  • 1 cawan susu pekat*
  • 1 cawan susu cair*
  • 1 cawan minyak masak*
  • 1 cawan gula*
  • 1 cawan serbuk koko*
  • 4 biji telur – blander
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1sk baking powder

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan bertanda (*) dalam periuk dan kacau di atas api sehingga sebati. Kemudian tutup api dan sejukkan terlebih dahulu.
  2. Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
  3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan coklat selang seli dengan telur. Kacau hingga sebati. Tuang atas karamel menggunakan senduk.
  4. Kukus 60 minit.
  5. Siap!
  6. Terbalikkan.
  7. Selamat mencuba.

Kredit: Noriza Awang Hamat

tags: |