Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Roti Gardenia

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Roti Gardenia

Kategori: ,
Sebelum Membeli Roti Gardenia

Pernah tak tengok orang ‘memicit’ roti, untuk memeriksa kesegaran dan kelembutan roti sebelum membelinya? Tidak, dia tidak pelik. Tetapi sebenarnya, bagaimana cara untuk anda memastikan anda mendapat roti Gardenia yang segar di rak? Anda hanya perlu menyemak menggunakan WARNA pada TAG! Adakah anda tahu bahawa setiap warna yang digunakan adalah menentukan kesegaran roti itu dan bila roti itu dihasilkan.

Setiap warna menunjukkan hari di mana roti itu dibakar

Setiap warna menunjukkan hari di mana roti itu dibakar:

  • Isnin: Tan
  • Selasa: Jingga
  • Rabu: Kuning
  • Khamis: Biru
  • Jumaat: Hijau
  • Sabtu: Merah
  • Ahad: Putih

Kod Warna Untuk Memudahkan

Gardenia adalah satu daripada beberapa syarikat roti lain yang menghasilkan dan menghantar roti 7 hari seminggu. Kebanyakan kedai tidak buat pengkantaran pada hari Rabu dan Ahad. Sebenarnya, sistem ‘warna’ ini dilakukan supaya pasaraya dapat mengenal pasti dengan mudah mana satu roti yang baru atau mana satu roti yang sudah lama. Kemudian mereka boleh gantikan roti yang lama dengan roti yang baru dengan mudah.

Jika anda masih melihat orang ‘memicit’ roti ini, jangan lupa bagitahu mereka kod rahsia ini!

 

Kredit: PenangFoodie

tags: