Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Mewah & Unik! Namun Ini Yang Terjadi Pada Tubuh Manusia Kalau Makan Makanan Bersalut Emas

Mewah & Unik! Namun Ini Yang Terjadi Pada Tubuh Manusia Kalau Makan Makanan Bersalut Emas

Kategori: ,
makanan bersalut emas

Jika selama ini emas hanya terkenal sebagai perhiasan mewah namun kini lain pula. Selain dimasukkan ke dalam produk kecantikan, emas ini juga digunakan sebagai topping atau salutan pada makanan. Namun menurut beberapa sumber, ribuan tahun yang lepas emas ini sudah dimakan oleh ahli-ahli istana di Rom Purba.

Penggunaan emas dalam makanan kini semakin meluas. Walaupun ia tidak dihadkan kepada golongan kaya sahaja namun ianya tetap hanya mampu dinikmati oleh mereka sahaja memandangkan harganya yang agak mahal.

Dapat kita lihat pelbagai jenis hidangan yang dilapisi dengan emas seperti sushi, kepak ayam, steak, pizza, donut dan juga pasta. Walaupun emas tidak memiliki rasa tetap ada juga yang mencuba dan memakannya.

Adakah makanan yang bersalut emas ini selamat dimakan?

Pasti ramai dalam kalangan kita yang tertanya-tanya adakah emas yang yang dijadikan salutan ini selamat dimakan? Jawapannya adalah ya, ia boleh dimakan sekiranya menggunakan emas yang berjenis edible gold.

Edible gold 24 karat selamat untuk dimakan dan tidak memberikan kesan negatif bagi pencernaan manusia. Emas 24 karat ini bentuknya sangat lembut dan halus.

Seperti yang semua ketahui, emas adalah sejenis logam. Dan logam ini tidak boleh dihancurkan oleh tubuh badan kita. Ianya juga tidak memiliki kandungan nutrisi yang berguna untuk tubuh badan manusia.

Menurut Cynthia Sass, seorang ahli nutrsi menerusi laman Food & Wine, disebabkan emas tidak mempunyai sebarang nutrisi jadi ia tidak akan membahayakan usus kita. Emas ini tidak akan diserap oleh sistem percernaan atau aliran darah manusia.

Jadi jika emas dimakan oleh seseorang, ia akan dikeluarkan kembali daripada badan dalam bentuk yang sama ia dimasukkan. Jadi tiada guna makan emas kan? Mahal tapi tetap tak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada tubuh badan kita. Korang nak makan juga ke emas ni?

Kredit: IDN Times

Baca juga: Penyelidik Dari Jepun Ini Berjaya Cipta Makanan Daripada Najis Manusia, Siap Jual Lagi!

tags: | |