Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Inside Scoop Mohon Maaf Atas Isu Ais Krim Campur Ubat Batuk, Ambil Tindakan Segera Hentikan Penjualan Produk

Inside Scoop Mohon Maaf Atas Isu Ais Krim Campur Ubat Batuk, Ambil Tindakan Segera Hentikan Penjualan Produk

Kategori: ,
Inside Scoop

Rangkaian aiskrim homemade jenama Malaysia yang menjadi kesukaan ramai telah diberi amaran oleh Kementerian Kesihatan sehari selepas melancarkan perisa edisi terhad dengan sirap batuk tradisional, telah menarik balik produk itu dari semua kedainya di seluruh negara.

Pengarah Pemasaran The Inside Scoop Sdn Bhd Andrew Hong berkata syarikat itu telah menghubungi kesemua 49 kedai untuk menurunkan aiskrim perisa Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak (Pei Pa Koa) dengan segera.

Hong berkata syarikat itu menerima panggilan daripada Kementerian Kesihatan pagi semalam, memaklumkan mereka tentang status perisa edisi terhad yang baru dilancarkan itu.

Inside Scoop Mohon Maaf Atas Isu Ais Krim Campur Ubat Batuk, Ambil Tindakan Segera Hentikan Penjualan Produk

Inside Scoop

“Sebagai langkah segera, kami menghubungi semua 49 kedai Inside Scoop kami di seluruh negara dan mengarahkan agar produk itu ditarik balik dan dibuang berkuat kuasa serta-merta.

“Kami memandang serius perkara yang dibangkitkan oleh kementerian dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” katanya.

Hong berkata mereka menganggap tidak mengapa jenama itu memperkenalkan perisa yang dicampur dengan sirap Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak, kerana rangkaian aiskrim lain di rantau ini melakukan perkara yang sama.

Insipirasi Dari Negara Singapura – Inside Scoop Inside Scoop

“Ia dikenali sebagai perisa yang laris di Singapura dan ini memberi inspirasi kepada Inside Scoop untuk menghasilkan perisa Pei Pa Koa yang tersendiri di dalam negara sebelum ia dilancarkan semalam (Isnin),” katanya.

“Kami benar-benar tidak mengetahui peraturan Kementerian Kesihatan terhadap mencampurkan sirap batuk Pei Pa Koa dengan produk makanan, dan ia adalah pelanggaran di bawah Seksyen 13B(2) Akta Makanan 1983. Kami kesal dengan kesilapan kami dan akan membuat pasti lebih berhati-hati/beringat pada masa hadapan, tidak mengulangi kesilapan itu,” katanya sambil meyakinkan pengguna bahawa perisa lain selamat untuk dimakan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan berkata ubat batuk adalah produk berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dalam kategori perubatan tradisional. Ia biasanya digunakan untuk melegakan sakit tekak dan batuk, dan mungkin berbahaya kepada wanita hamil seperti yang dinyatakan pada label.

Inside Scoop ialah jenama aiskrim yang diasaskan oleh pasangan Malaysia Edmund Tan dan isterinya, Lim Shiew Li, yang membuka kedai pertama mereka di Bangsar di sini pada 2013. Hari ini, jenama itu mempunyai 49 kedai di seluruh negara.

Sumber: Inside Scoop

Baca juga: Lelaki Kongsi Pengalaman Jumpa Klon PMX Lepak Kedai Mamak, Ramai Netizen Terhibur

tags: |