Perbelanjaan barangan dapur bukanlah murah. Lebih-lebih pada zaman sekarang, kebanyakan bahan utama masakan sudah naik harga. Disebabkan kenaikan harga barang dapur ini yang boleh dikatakan agak mengejut, ramai dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini hidup dalam kesempitan.
Terpaksa berkira-kira untuk membeli kemahuan gara-gara wang yang ada tidak mencukupi. Yela, barang dapur sekarang belum penuh troli pun sudah mencecah ratusan ringgit. Apatah lagi kalau penuh troli dan segala keperluan dapur lengkap dibeli. Boleh mencecah ribuan ringgit agaknya.
Bagi keperluan barangan dapur ini, kebiasaanya para isteri yang akan keluar membeli memandangkan mereka lebih mahir dalam soal ini. Suami hanya memberikan wang dan menyerahkan semuanya kepada isteri.
Berkenaan dengan membeli barangan dapur oleh isteri, ada sebuah video yang dikongsikan oleh Sofeaa.mTiktok menerusi aplikasi TikTok. Perkongsian video tersebut adalah berkisarkan tentang suaminya yang menengking dan memarahinya gara-gara barang dapur yang dibeli habis sebanyak RM300.
Kemarahan itu tercetus apabila sang suami mengetahui isterinya menghabiskan 1 juta rupiah bersamaan RM300 untuk barangan dapur berkenaan. Isterinya yang pada ketika itu sedang duduk di atas lantai dapur sambil mengemas barangan yang dibeli kelihatan redha sahaja saat dimarah.
Sempat melemparkan kata-kata kesat dan mendakwa perbuatan isterinya itu adalah satu pembaziran. Malah sang suaminya itu juga sempat melarang isterinya untuk berbelanja begitu lagi selepas ini.
Walaupun kejadian ini berlaku di Indonesia namun ia cukup menyedihkan. Mengapa ada suami yang begini, sanggup memarahi serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada isteri hanya kerana membeli barangan keperluan yang pastinya akan dimakan dan dinikmati bersama-sama.
https://www.tiktok.com/@sofeaa.mtiktok/video/7129490103482928410?_r=1&_t=8UiEtAWT6YL&is_from_webapp=v1&item_id=7129490103482928410
@sofeaa.mtiktok jadi suami jangan kedekut sama isteri bang!!nanti rezeki nya ngakkkk masukkk😡 #tiktokmalaysian #tiktokindonesia #fypシ #foryoupage #suamikedekut #nafkahisteri ♬ original sound – Sofeaa.mTiktok
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Bukan sahaja ramai yang terkejut dan berasa marah apabila melihat si isteri dimarah sedemekian rupa.
Malah ada juga yang menulis, ” tak payah jadi suami ya bang. Kalau suami aku suruh dia makan beli sendiri, masak sendiri”. Menurut Aisyah Markom pula, dia ingat isteri suami berkenaan shopping bukan-bukan, rupanya beli barang dapur.
Tidak kurang juga ada yang menulis, “jangan kedekut lah suaminya pun. Geram je aku tengok”. Ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, video tersebut adalah konten semata-mata sahaja.
Jadi sebagai ketua keluarga, korang perlu memikirkan soal ini dengan lebih mendalam. Jangan sesekali memarahi isteri korang yang membeli barang dapur hingga ratusan ringgit. Bukankah korang juga yang akan makan makanan tersebut.
Mungkin sebagai suami, korang perlu juga sekali sekala keluar membeli barangan dapur. Hal tersebut agar korang faham, barangan sekarang bukanlah murah.
Sumber: Sofeaa.mTiktok
Baca juga: Jauh Datang Dari Taiping Ke MAHA 2022, Wanita Luah Rasa Kecewa Tak Mampu Beli Buahan Sebab Mahal