Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Isteri Hadiahkan Kek Bentuk Kubur Supaya Suami Sentiasa Ingat Kematian, Design Simple Tapi Memang Mendalam!

Isteri Hadiahkan Kek Bentuk Kubur Supaya Suami Sentiasa Ingat Kematian, Design Simple Tapi Memang Mendalam!

Kategori:
kek bentuk kubur

Sekarang, memang ramai peniaga kek yang kreatif dan ini boleh dilihat daripada reka bentuk yang bermacam-macam dari segi pemilihan warna dan idea menarik yang lain dari lain.

Apabila reka bentuk ditempah oleh pelanggan, peniaga yang kreatif akan mengikut kehendak pesanan dan buat sehabis baik.

Isteri Hadiahkan Kek Bentuk Kubur Supaya Suami Sentiasa Ingat Kematian, Design Simple Tapi Memang Mendalam!

kek bentuk kubur

 

Seperti sebuah video yang tular di laman TikTok, sebiji reka bentuk kek yang ditempah oleh seorang wanita sememangnya menarik perhatian ramai. Ini kerana, kek yang dihadiahkan kepada suaminya sempena hari lahir berbentuk kubur dengan nyalaan lilin berumur 27 tahun.

Kek bentuk kubur itu juga dihiasi dengan replika Yassin dan sebuah kereta dengan ucapan ‘Selamat Hari Lahir Suami Kita Yang Suka Race’.

Ia semacam mengingatkan agar suaminya hendaklah mengingati kematian juga selain hanya menumpukan kepada hobinya yang suka race kereta.

Ada Design Yaasin Dan Kereta Racing

kek bentuk kubur

Menurut wanita berkenaan, kek yang viral itu dibuat khas oleh peniaga kek, Farah Wahida yang juga mendapat pujian daripada netizen kerena dengan begitu terperinci mampu membuat kek bentuk kubur yang begitu cantik dan kemas.

kek bentuk kubur

@nachikcikna

Tahun ni bg kek kubur pakage Yassin supaya Sentiasa Beringat🤣 Nmpak klakor kan? Tp inilah cara Cikna mu Ingt kan toklaki supaya sentiasa ingat Kematian, Sentiasa Membimbing isterinya ke Jalan Allah.. cukup simple tp ianya Sangat Mendalam.. Kek dari jari jemari yg sangat Kreatif by Farah Wahida tq awak🤍 Kek sedap yakmattt, kemas jer kek die buat

♬ original sound – AL – Al-Shah

@nachikciknaTahun ni bg kek kubur pakage Yassin supaya Sentiasa Beringat🤣 Nmpak klakor kan? Tp inilah cara Cikna mu Ingt kan toklaki supaya sentiasa ingat Kematian, Sentiasa Membimbing isterinya ke Jalan Allah.. cukup simple tp ianya Sangat Mendalam.. Kek dari jari jemari yg sangat Kreatif by Farah Wahida tq awak🤍 Kek sedap yakmattt, kemas jer kek die buat♬ original sound – AL

Perkongsian video itu mendapat perhatian netizen dan pelbagai komen serta pandangan dilemparkan di ruangan komen yang begitu menghiburkan tentang suami masing-masing.

“Tempah mana kek ni. Nak tempah 1 nak bagi dekat suami jugak lah. Tapi taknak letak kereta. Ganti dengan rokok situ. Kubur + rokok,” kata netizen dengan nama Tutyhidra memberi komen dalam perkongsian isteri hadiahan kek bentuk kubur kepada suaminya.

“Dulu saya bagi kek macam ni jugak sebab dia merokok. Hmmm, takda hati dan perasaan macam tu jugak,” komen netizen bernama Shaa yang turut meninggalkan komen dalam perkongsian isteri hadiahkan kek bentuk kubur kepada suaminya.

“Nak tiup kek tu pun fikir banyak kali,” kata netizen bernama Hello Misz.

“Nak Buat Dekat Suami Jugak Lah..”

kek bentuk kubur

Melihat kepada kisah isteri hadiahkan kek bentuk kubur kepada suaminya, ia nampak kelakar dan melucukan tetapi sebenarnya inilah antara cara untuk ingatkan pasangan supasa sentiasa ingat kematian. Sentiasa membimbing isterinya ke jalan Tuha. Cukup simple tetapi ia sangat mendalam.

Sumber: NachikCikna

Baca juga: Setiap Hari Murid Ini Dapat Makanan Percuma Dari Mak Cik Kantin, Ini Kisah Disebaliknya..

tags: | |