Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kecewa Suami Habiskan Lauk Masa Tengah Susukan Anak, Perkongsian Ibu Ini Dapat Reaksi Berbaur Dari Netizen

Kecewa Suami Habiskan Lauk Masa Tengah Susukan Anak, Perkongsian Ibu Ini Dapat Reaksi Berbaur Dari Netizen

Kategori:

Berumah tangga perlukan komitmen yang tinggi daripada suami dan isteri. Dalam setiap rutin harian, kedua-dua pasangan perlulah saling bertimbang rasa demi menjaga keharmonian hidup yang dibina.

Jika pasangan baik dan memahami, maka senanglah hati suami isteri untuk tempuhi hari-hari bersama. Namun, sebaliknya akan berlaku jika pasangan tidak bertimbang rasa atau peka dengan situasi.

Kecewa Suami Habiskan Lauk..

Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu di TikTok, pada awalnya dia teruja bila dapat tahu suaminya membakar ikan ketika dia sedang menyusu anak.

Si suami yang selesai membakar ikan menjamu selera terlebih dahulu tanpa menunggu isterinya.

Namun, si isteri tak sangka dia tak ada rezeki untuk nikmati ikan bakar tersebut.

Dalam perkongsian video @bojosiwijae, dia kecewa apabila dapati suaminya hampir habiskan lauk dan tinggalkan tulang ikan dengan sedikit isi sahaja untuknya.

Menerusi ruangan kapsyen, wanita ini berharap semoga ada rezeki untuknya makan dengan lebih sedap esok.

Kecewa

https://www.tiktok.com/@bojosijiwae/video/7120646447413988635?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Alhamdulillah Suami Mendahulukan Saya

Para isteri yang hadir di ruangan komen turut bersimpati dengan nasib wanita ini. Ada juga yang terkejut dengan tindakan si suami.

Dalam pada itu, kebanyakannya juga turut bersyukur kerana suami mendahulukan mereka bila makan bersama.

Sesetengah netizen juga sempat titipkan doa buat isteri ini supaya hati suaminya terbuka untuk lebih peka pada keperluan isterinya walaupun dalam perkara kecil.

Kecewa

Simpan Aib Suamimu

Bila berkongsi di sosial media, tak semua pengguna akan bersetuju dengan kita. Menerusi ruangan komen, nampaknya ada juga yang kurang senang dengan perkongsian ibu ini.

Ada yang menganggap si isteri tak patut berkongsi kisah peribadi begini. Sesetengah warganet juga berpendapat si isteri ini seolah-olah membuka aib suaminya. Namun, ada juga netizen yang memahami wanita ini.

“Mungkin dia tiada tempat untuk mengadu nasib. Kita sesama perempuan kenalah memahami,” komen salah seorang warganet.

 

Kecewa

Memang tak patut suami tak bertimbang rasa pada isteri. Dalam semua perkara, kedua-duanya perlulah bersepakat supaya kebahagiaan rumah tangga terjaga.

Mungkin apa yang dikongsikan wanita ini agak terlalu peribadi, namun itulah realiti yang perlu dihadapi sesetengah pasangan.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar buat suami dan isteri supaya sentiasa bertimbang rasa antara satu sama lain.

Sumber : TikTok  @bojosiwijae

tags: