Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Isteri Tokey Kedai Tomyam ‘Dedah’ Rahsia Sambal Belacan Tomyam Yang Sedap!

Isteri Tokey Kedai Tomyam ‘Dedah’ Rahsia Sambal Belacan Tomyam Yang Sedap!

Kategori:
Sambal Belacan Tomyam

Aneka resepi sambal yang boleh kita cuba, salah satunya adalah sambal belacan tomyam. Makan nasi kalau tiada sambal belacan memang tak cukup umphh bak kata orang. Lagi-lagi kalau sambal belacan tu rasanya pedas dan padu! Makan nasi pun bertambah kalau macam ni. Baru kenyang perut suami dan keluarga anda.

Nak tahu rahsia buat sambal belacan yang padu? Ikuti perkongsian oleh Ummu Naim Qalaq. Menurutnya, resepi ini dipelajari dengan isteri tokey kedai tom yam melayu siam. Memang confirm sedap dan menjadi ni. Jom cuba!

Isteri Tokey Kedai Tomyam ‘Dedah’ Rahsia Sambal Belacan Tomyam Yang Sedap!

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili api + 3 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih yang besar (kalau kecil, letak 5 ulas)
  • Belacan (guna belacan hitam sebelah utara + putih, bakar/goreng dahulu)
  • Gula
  • Garam
  • Ajinamoto jika suka
  • Asam kasturi (ambil jus sahaja, ambil agak banyak biar rasa masam)
  • Sedikit cuka

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan guna butang pause. Taknak terlalu halus. (supaya kasar macam di kedai tomyam yang selalu kita makan tu)
  2. Perasakan dengan secukup rasa.
  3. Siap, selamat mencuba!

Kredit: Ummu Naim Qalaq

tags: |