Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Perlu Cedok, Haram..” Isteri Mengidam Coklat Zaman Kanak-Kanak, Suami Terus Bawa Ke ‘Lubuk’ Borong

“Tak Perlu Cedok, Haram..” Isteri Mengidam Coklat Zaman Kanak-Kanak, Suami Terus Bawa Ke ‘Lubuk’ Borong

Kategori:

Isu cedok mencedok ini seolah-olah sudah menjadi trend dalam kalangan peniaga laman sosial. Lebih-lebih lagi di aplikasi TikTok. Mereka akan membuat live dan sesi cedok mencedok akan diadakan.

Sebelum ini ramai yang mencuba nasib membeli barangan atau makanan yang dicedok oleh peniaga. Tidak dapat diketahui dengan jelas, apakah peniaga berkenaan dapat keuntungan yang lumayan atau pun tidak.

Mungkin ada yang dapat dan mungkin juga sebaliknya. Namun semenjak diuar-uarkan dan diberitahu oleh para ustaz dan ahli ilmuwan bahawa jual beli cedok mencedok ini haram, maka ramai yang ambil pendekatan untuk memberhentikannya serta merta.

Bermula dari itu, ramai yang mula menjual secara timbangan pula. Kebanyakan barangan yang dijual oleh para peniaga dengan cara tersebut adalah kerongsang, emas dan paling mendapat permintaan yang tinggi adalah coklat zaman kanak-kanak.

Isteri mengidam coklat zaman kanak-kanak, lelaki ini terus bawa ke kedai borong

Berkenaan dengan coklat zaman kanak-kanak ini, terbaharu ada seorang lelaki yang dikenali dengan nama faidzullah di aplikasi TikTok sempat berkongsi sebuah video berkenaan dengan isterinya yang mengidam coklat zaman kanak-kanak ini.

Ekoran itu, dia pun membawa isterinya ke sebuah kedai borong yang menjual pelbagai jenis makanan dan coklat legend tersebut. Menerusi video tersebut, dia mengesyaki kedai tersebut adalah lubuk penjual-penjual yang tengah trending main cedok-cedok.

Cara tersebut viral sehingga membuatkan isterinya yang sedang hamil mengidam untuk menikmati coklat tersebut. Memandangkan cedok mencedok adalah haram dalam agama Islam jadi dia pun membawa isterinya ke kedai borong tersebut.

 

Turut berkongsi keadaan kedai yang mempunyai pelbagai jenis coklat dan makanan legend. Malah kelihatan juga isterinya yang memegang satu plastik makanan di tangan. Sempat menunjukkan satu balang coklat namun suaminya tidak membenarkannya.

@faidzullah

Xperlu Cedok2, Mai Borong sendiri, mkn sampai pitam 😂 #fypシ゚viral #cedok #coklatmurah

♬ Universal Fanfare – The Minions

@faidzullah Xperlu Cedok2, Mai Borong sendiri, mkn sampai pitam 😂 #fypシ゚viral #cedok #coklatmurah ♬ Universal Fanfare – The Minions

Saya masuk situ takut tak keluar semula..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Ada yang menyatakan, sebulan sekali dia akan masuk kedai borong seperti ini untuk membeli coklat sambil-sambil belikan untuk anak saudara.

Ada juga yang berseloroh risau tak keluar dari kedai berkenaan. Takut sesat dan tak jumpa jalan keluar.

Tidak kurang juga ada yang menulis, tak payah cedok-cedok pun, beli sebeban puas hati. Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen dari beli dekat live cedok baik beli terus kat kedai ni. Lagi puas.

Mungkin bagi sesetengah pelanggan membeli coklat zaman kanak-kanak ini melalui live secara cedok mencedok adalah lebih seronok.

Namun apabila jual beli tersebut hukumnya haram, maka ayuhlah kita sama-sama membeli dari kedai borong. Kalau rasa malas nak ke kedai borong, cari je dekat Shopee. Beli banyak terus barulah puas hati.

Sumber: TikTok faidzullah

Baca juga: “Minyak Masak Mahal..” Beli Cempedak Goreng RM5 Dapat 5 Ulas, Wanita Ini Terkejut & Tanya Pendapat Ramai

tags: | | |