Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Si Isteri Masuk Hospital, Suami Selit Wang RM15,000 Dalam Beg Untuk Order Makanan, Balik Rumah Baru Perasan.

Si Isteri Masuk Hospital, Suami Selit Wang RM15,000 Dalam Beg Untuk Order Makanan, Balik Rumah Baru Perasan.

Kategori:
suami selit wang dalam beg

Wang merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita pada hari ini. Kalau gaji sekadar 1-2 ribu memang tidak cukup untuk menyara kehidupan berkeluarga. Lebih-lebih lagi jika hidup di kawasan bandar.

Rezeki masing-masing, ada setengah orang duit menggunung sampaikan tak habis digunakan. Hari-hari bagi isteri dan anak-anak berbelas-belas ribu. Memang sangat bertuah lah kalau macam tu.

Begitulah kisah seorang isteri yang bertuah kerana menjumpai wang berjumlah RM15,000 sebaik membuka beg tangannya yang disimpan di dalam stor pakaian dirumahnya.

“Hari ni saja ambil nak pakai, buka-buka penuh ubat hospital hari tu, kira sampahlah.

“Macam malas nak kemas, nak simpan balik. Masa nak simpan tu, buka zip… tu dia, duit!” tulis seorang isteri di laman Facebook miliknya.

Wanita yang berusia 38 tahun itu berkata, beg tangan tersebut kali terakhir digunakan ketika dia dimasukkan ke hospital di Kota Damansara, selangor pada Disember 2020 untuk menjalani pembedahan batu karang hempedu.

Pengambilan makanan dijaga oleh pihak hospital

Menurut wanita yang dikenali dengan Kak Gee ini, sepanjang terlantar di wad selama kira-kira seminggu itu, pengambilan makanannya dijaga oleh pihak hospital.

Tambahan pula, dia dikurniakan seorang suami yang sangat baik dan memahami. Suaminya menghabiskan banyak masa menemani dia di hospital.  Apabila ditemani suami, barulah ada selera makan.

“Bila dah sakit dan menjalani pemb3dahan, sudah tentu ada pantang bila nak makan di h0spital. Tapi itulah hari-hari makan yang sihat pun jadi tak berapa selera juga

“Mujur ada suami yang menghabiskan banyak masa menemani saya di h0spital, ada juga selera makan sebab ada orang ambil berat bila kita s@kit,” katanya ketika dihubungi.

Memandangkan makanan yang disediakan oleh pihak hospital terhad untuk pesakit sahaja, ibu kepada lima anak itu menjelaskan bahawa suaminya akan menggunakan khidmat penghantaran makanan sepanjang menemani isterinya di wad.

Bila suami buat order untuk penghantaran makanan ke h0spital, saya pun join sekali. Sekali-sekala nak juga rasa makanan ikut selera sendiri.

Ada satu masa, suami ingatkan yang dia ada tinggalkan duit dalam beg tangan saya kalau saya nak buat order bila-bila teringin.

Tapi bila dia tiada di wad, saya pula gunakan peluang untuk berehat dan tidur. Jadi, saya pun ingat-ingat lupa pasal duit yang dia bagi tu,” ujarnya yang menetap di Shah Alam.

Menurut Kak Gee, beg tangan tersebut disimpan di dalam stor sebaik sahaja dia pulang ke rumah sehinggalah dia memeriksa stor baru-baru ini.

Rupa-rupanya itu adalah wang yang suami tinggalkan..

Pada mulanya dia tertanya-tanya, bila pula dia letakkan wang sebanyak itu dalam beg ini. Rupa-rupanya itu adalah wang yang suami tinggalkan untuk order GradbFood atau Foodpanda semasa di hospital.

Apabila dia bertanya kepada sang suami adakah nak balik duit yang berjumlah RM15,000 tersebut suaminya berkata biarlah. Suaminya juga tidak ingat yang dia ada bagi duit sebanyak itu untuk order makanan.

“Sebagai isteri, sudah tentu saya amat bersyukur bila dapat suami yang tak berkira macam ni. Mudah-mudahan murah rezeki suami dan bisnes dia maju.

“Saya isteri bertuah bukan semata-mata kerana duit berkepuk tu, tapi sebab suami mengambil berat tentang diri saya, menjaga saya sepanjang berada di h0spital,”

Kredit: mStar

Baca juga: Wanita Kupas Bawang Tengah Malam Buta Tak Menjadi, Tiba-Tiba Bawang Menjelma Menyerupai…

tags: | | |