Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bagi Benda Lain Tak Nak..”, Jadikan Ikan Mentah Sebagai Mainan Dipeluk Masa Tidur, Netizen Terhibur Lihat Gelagatnya

“Bagi Benda Lain Tak Nak..”, Jadikan Ikan Mentah Sebagai Mainan Dipeluk Masa Tidur, Netizen Terhibur Lihat Gelagatnya

Kategori:
ikan mentah

Jika mengimbau kembali zaman semasa kita kecil-kecil dulu, pasti ada gelagat melucukan yang diingat kan? Misalnya, ada orang yang memiliki bantal busuk yang perlu dipeluk semasa tidur. Kalau tak ada atau mak terlupa bawa jika pergi ke mana-mana, memang tak lelap tidur dibuatnya.

Sama dengan kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, difahamkan anak saudaranya mempunyai gelagat comel berkenaan ‘barang mainan’ kegemarannya. Melalui video perkongsian di laman TikTok, dia merakam anak saudaranya memeluk ikan mentah sehingga dia tertidur.

“Bagi Benda Lain Tak Nak..”, Jadikan Ikan Mentah Sebagai Mainan Dipeluk Masa Tidur, Netizen Terhibur Lihat Gelagatnya

 

ikan mentah

“Bertuahnya anak aku. Dia suka fish, dia peluk fish sampai tertidur. So kena la tunggu dia tidur, pastu simpan balik fish tu,” jelasnya menceritakan gelagat anak saudaranya memeluk ikan mentah.

Berdasarkan video itu, kelihatan budak berkenaan nyenyak tidur sambil memeluk erat ikan mentah tersebut. Dalam perkongsian video lain juga, dia turut menunjukkan gelagat anak saudaranya yang menangis kerana dipaksa mandi, tetapi apabila diumpan dengan ikan mentah, dia kelihatan gembira.

“Hmm ni pula nangis kena paksa mandi. Bagi toys lain taknak, nak ikan je,” terangnya lagi dalam video berlainan menceritakan gelagat anak saudaranya suka akan ikan mentah dengan lebih lanjut.

ikan mentah

Meninjau ruangan komen netizen, ramai juga turut terhibur dengan gelagat comel budak berkenaan.

“Hahaha comelnya awak. Mak awak cari ikan tak jumpa tu,” kata Noyu Kyna.

“Comel adik ni tidur bawa ikan,” ujar userlost.

“Lain dari yang lain alat mainan dia. Comel je,” komen NF.

Selain itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman serupa berkenaan kisah mainan ikan mentah ini.

“Macam anak buah saya la kak. Memang tak boleh dibawa ke pasar. Kalau dia nampak ikan, dia nak. Sampai lebur ikan tu dia main,” cerita netizen bernama Bismi.

“Lain Dari Yang Lain Alat Mainan Dia”

ikan mentah

Comel pula tengok adik ni peluk ikan mentah macam tu. Gelagat pelik-pelik masa kecil ni boleh jadi kenangan betul. Satu lagi kisah yang min baca, ada yang budak kutip semut letak dalam botol masa tidur. Semasa budak-budak ni lah dunia fikiran mereka mahu mengembara kan? Jadi, biarkan mereka teroka dunia ini asalkan kita menjaga batas-batasnya.

Baca juga: “Tertelan Air Liur Tengok Harga Tinggi Roti Canai, Tapi Nasib Baik Kedai Pamer Harga”

tags: | |