Tak dinafikan, memang ramai yang ‘panik’ setiap kali memasang kepala tong gas kan? Lagi-lagi buat kaum hawa yang baru nak berjinak-jinak di dapur. Selepas ini tak perlu panik lagi ya, jom sama-sama baca cara untuk atasi masalah kepala tong gas keluar bau dan bunyi setiap kali nak tukar gas baru.
Langkah 1: Getah hitam dekat kepala gas tu.
Langkah 2: Keluarkan getah hitam tersebut menggunakan pisau atau apa-apa yang tirus, cungkil keluar getah hitam dari kepala gas tersebut.
Langkah 3: Bila dah keluarkan, terbalikkan getah hitam itu. Kemudian masukkan semula.
Langkah 4: Tekan rapat menggunakan jari supaya masuk ke dalam.
Cara ini sangat berkesan dan mudah sahaja untuk digunakan. Tapi kalau bila dah ikut cara ini pun masih ada bunyi gas dan berbau gas, cari orang yang sepatutnya untuk tengokkan.
Semoga info ini bermanfaat buat anda.
Kredit: Arm Ika