Jika menyebut tentang pengkritik makanan yang mendapat perhatian pada ketika ini, pastinya nama pempengaruh Jason adalah antara nama yang disebut-sebut ramai.
Terbaharu, Jason mendapat perhatian ramai apabila dia cuba merasa dan mengulas satu menu baharu dari Suka Dessert, Aiskrim Suka Dessert yang mengandungi 3 lapisan kesemuanya.
Lapisan aiskrim tersebut diperbuat daripada brownies yang terdapat dalam kon aiskrim, melt choc dan aiskrim di atasnya.
Berdasarkan ulasannya, Jason telah memberi rating 4.7/10 untuk rasa dan kualiti Aiskrim Suka Dessert berkenaan.
Meskipun pempengaruh itu meletakkan rating yang begitu rendah untuk aiskrim itu, Siti Hajar atau lebih dikenali sebagai Aunti Ja yang merupakan pemilik Suka Dessert tidak melatah dengan kritikan itu sebaliknya mengambilnya dari sudut positif.
“Maafkan Auntie Ja, mengecewakan darlings. Beri Auntie Ja peluang untuk tebus kesilapan Auntie Ja,” tulisnya di kapsyen.
Malah, Auntie Ja turut memberitahu bahawa dia akan mengembalikan semula wang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kualiti aiskrim yang dijual ketika event di The Curve, Mutiara Damansara itu.
Sumber: scaredtodie & suka dessert
Baca juga: Pelanggan Ini Terkejut Teh O Ais Laici Harga RM15, Kecewa Sebab Mahal & Tidak Berbaloi