Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » 7 Jenis Dan Khasiat Buah Berry yang Perlu Anda Tahu

7 Jenis Dan Khasiat Buah Berry yang Perlu Anda Tahu

Kategori: ,

Buah berry adalah salah satu sumber yang paling kaya dengan vitamin dan antioksidan. Istilah berry mencangkup pada tanaman yang memiliki buah dengan karakteristik yang dihasilkan dari bunga berputik yang tidak memiliki biji dan kulit luarnya yang boleh dimakan.

Terdapat pelbagai jenis berry yang ditanam mahupun yang tumbuh bebas di alam liar. Sayangnya, bukan semua jenis berry boleh dimakan begitu sahaja, ada juga buah berry yang mengandungi racun yang boleh mengakibatkan kematian jika dimakan. Namun sebahagian besar buah berry menyimpan khasiat yang besar untuk kesihatan. Berikut adalah jenis buah berry dan khasiatnya :

 

JENIS BUAH BERRY DAN KHASIATNYA

  1. STRAWBERRY – Sumber Vitamin C

Strawberry yang matang akan berwarna merah, warna merah tersebut disebabkan kaya dengan pigmen warna antosianin dan mengandungi antioksidan tinggi. Strawberry menyimpan nutrisi yang luar biasa. Selain antioksidan tersebut, ia juga kaya dengan serat, rendah kalori dan mengandungi vitamin C, folat dan kalium.

  1. RASPBERRY – Melawan Penyakit Metabolik

Berbeza dengan buah berry yang lain, raspberry memiliki rongga pada bahagian tengah setelah diambil tangkainya. Buah raspberry mengandungi vitamin C, polyphenol antioxidant serta anthocyanin yang bermanfaat kepada kesihatan manusia.

  1. CRANBERRY- Merawat Jangkitan Batu Ginjal

Tanaman buah ini tumbuh didaerah yang sedikit lembab. Cranberry mengandungi antioxidant polyphenol, alkaloids semisal anthocyanidin, cyaniding, peonidin dan quercetin yang berguna untuk mencegah kanser. Jus cranberry juga dipercayai boleh mencegah jangkitan batu ginjal.

  1. BLUEBERRY – Baik Untuk Diabetes Dan Kolestrol

Berdasarkan penelitian buah berry ini mengandungi antioxidant polyphenol dan anthocyanin yang kaya dan mampu mencegah perkembangan kanser, jantung coroner dan stroke.

  1. BILLBERRY –Menigkatkan Fungsi Mata

Buah berry ini yang kaya dengan pigmen anthocyanin yang sudah diteliti untuk tujuan perubatan seperti perubatan mata, jantung dan juga kanser.

  1. BLACKBERRY – Memperlancarkan Peredaran Darah

Buah ini kaya akan antioxidant berjenis polyphenol mahupun omega 3 yang baik menangkal radikal bebas dalam tubuh manusia untuk mencegah kanser, jantung coroner mahupun stroke.

  1. HUCKLEBERRY –Menguatkan Prestasi Jantung

Huckleberry sama seperti dengan blueberry, ianya hanya rasa masam yang samar pada berry yang berwarna biru kehitaman setelah matang. Buah ini kaya denagn antioxidant dan mineral yang penting untuk pembentukan pembuluh darah yang boleh menguatkan prestasi jantung. Selain itu, zat aktifnya dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung lain seperti jantung coroner dan penyempitan arteri.

tags: |