Tak ramai yang tahu tentang jenis-jenis brownies yang sering dijual. Bagi mereka yang tidak tahu, pasti menganggap semua brownies adalah sama. Tetapi sebenarnya tidak.
Pernah tak setiap kali beli brownies dengan penjual yang berbeza, tekstur dan rasa brownies tidak sama? Rupanya, setiap brownies ada jenis-jenis yang berbeza.
Patutlah rasa dan tekstur tidak sama dengan yang di beli sebelum itu. Buat yang masih belum tahu, jom kenali jenis-jenis brownies di bawah.
Kalau nak tahu, brownies boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu :
Kalau anda penggemar brownies, pasti perasan ada brownies yang keras dan padat teksturnya dan ada brownies yang lembut dan senang dipotong menggunakan sudu. Itulah perbezaan yang paling ketara di antara dua jenis brownies ini.
Fudgy Brownies mempunyai tekstur yang lebih padat berbanding Cakey. Untuk lebih mudah difahami, Fudgy Brownies mempunyai jumlah lemak dari mentega yang tinggi. Jumlah coklat yang digunakan juga lebih banyak dari biasa untuk menghasilkan tekstur yang padat serta warna yang lebih gelap.
Ini akan menyebabkan masa memasak akan bertambah sedikit berbanding Cakey Brownies. Masa membakar Fudgy Brownies lebih lama iaitu selama 35-45 minit bergantung pada oven.
Teksturnya kurang padat berbanding dengan Fudgy Brownies dan mempunyai rasa yang lebih ringan kerana kandungan tepung yang lebih tinggi dan bergantung kepada serbuk baking powder sebagai bahan penaik.
Masa memasak Cakey Brownies ini juga lebih singkat iaitu selama 30 minit sahaja. Rasa Cakey Brownies ini masih sedikit padat tetapi ada ruang yang kecil kerana kurang lemak dan coklat.
Untuk kedua-dua jenis brownies ini, jumlah gula dan telur yang digunakan tidak berubah. Yang membezakannya hanyalah jumlah penggunaan coklat, tepung dan masa membakar.
Begitulah perbezaan dua jenis brownies yang biasa kita makan. Yang mana satu favourite anda? Jom kongsikan dengan kami!
Kredit: Riezthelicious
Baca Juga: Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau & Serai, Boleh Kempiskan Perut Kalau Amalkan Setiap Pagi