Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pasti mereka akan lebih berjaga-jaga menjaga anak kerana pada umur 2 tahun ke bawah, anak kecil sering sensitif terhadap sesuatu. Hal ini adalah normal kepada ibu bapa kerana mahu yang terbaik untuk anak membesar.
Lebih-lebih lagi dari segi pemakanan yang seimbang. Kata orang, anak yang cerdas lahir daripada pemakanan yang sihat. Justeru, bab pemakanan memang dijaga rapi sejak kecil. Ini juga terkait dengan kesihatan anak kecil terbabit.
Tetapi malangnya, hal yang paling ditakuti oleh kaum ibu apabila anak jagaannya menangis teresak semalaman berlaku kepada seorang ibu yang mahu dikenali sebagai Bee Naiscyaa. Hal ini kerana, gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab seorang jiran yang memberi anaknya minum air berkarbonat.
Kisah tersebut telah tular di laman TikTok menerusi satu perkongsian video di akaunnya @beenaiscyaa. Dia menunjukkan anak perempuannya, Anggun yang berusia 10 bulan. Tulisnya dalam video tersebut, “macam mana ya cara untuk tegur orang luar (orang tua) supaya jangan suap anak orang sebarangan”, tulisnya.
Di dalam keterangan video itu juga, dia menjelaskan yang anaknya telah disuap air berkarbonat ataupun air bergas itu tanpa kebenarannya.
“Tanpa tanya terus suap. Bagi rasa kononnya. Bila kita tegur katanya anak dorang dulu suap macam-macam hidup je. Ya Allah..,” tulisnya dengan perasaan kesal bercampur marah.
Menurut perbualan ibu berkenaan dengan Mstar, dia menceritakan detik di mana anaknya diisuap air berkarbonat itu oleh jirannya.
“Saya turun di lobi bawah untuk ke kedai, kebetulan bertemu jiran yang sudah berumur pangkat makcik. Saya singah sebentar dan bersembang. Saya minta untuk tinggal sekejap sahaja untuk ke kedai di tepi lobi.
“Apabila saya kembali menuju ke arah anak yang sedang duduk dalam stroller, saya nampak makcik tu suap sedikit air berkarbonat kepadanya. Terus saya berlari ke arah makcik itu dan tegur air gas tak elok untuk bayi.
“Dia jawab anak saya nak rasa sikit, tak banyak pun,” cerita wanita yang berumur 27 tahun itu.
Tambahnya lagi selepas kejadian itu, dia bergegas pulang ke rumah dan memberi minum air masak serta menyapu ubat perut kepada Anggun. Pada sebelah malam, bayinya Anggun menangis semalaman serta cirit-birit. Mujurlah keadaan semakin baik selepas cirit-birit berkenaan.
https://www.tiktok.com/@bee_naiscyaa/video/7108292869668015387?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@bee_naiscyaaAir 100plus kot 🥲 tanpa tanya terus suap , bg rasa konon nya . Bila kita tegur katanya ank dorg dulu suap mcm2 hidup je , ya Allah 🥺♬ original sound – Syahmi Hisham
Meninjau ruangan komen, ramai memberikan nasihat untuk menegur seseorang atau jiran yang berperilaku sebegitu. Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sama dengan kejadian berkenaan. Kata mereka, “anak cirit birit, bukan diorang jaga”.
Mengambil salah satu komen netizen, @Leyrahmat berkata, “anak saya belum 6 bulan sumat durian. Passtu bagi nasi. Ada sekali tu colet rendang dekat bibir anak saya. Merah muka anak saya,” tulisnya.
Jadi di sini, dalam satu masyarakat dan komuniti yang hidup bersama, common sense harus ada dalam setiap diri manusia. Ia tidak mengira pangkat, umur atau darjat jika mahukan hidup dengan harmoni.
Lagi-lagi untuk isu bayi kecil sampaikan anak cirit birit ini. Syukurlah bayi bekernaan sudah baik,
Sumber: bee_naiscyaa
Baca juga: Tak Pernah Berkira Kos Makanan & Perbelanjaan Kucing, Ramai Terkedu Dengan Kebaikan Adibah Noor