Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Siap Bentang Tikar Dan Pacak Khemah, Netizen Puji Jiran Satu Lorong Sepakat Iftar Bersama

Siap Bentang Tikar Dan Pacak Khemah, Netizen Puji Jiran Satu Lorong Sepakat Iftar Bersama

Kategori:

Waktu berbuka puasa adalah detik yang dinanti-nantikan untuk kita nikmati juadah bersama keluarga tersayang. Suasana pastinya jadi lebih meriah apabila sesi iftar disertai oleh lebih ramai sanak saudara. Secara tidak langsung, rezeki yang ada juga dapat dikongsi bersama.

 Jiran Satu Lorong Sepakat Iftar Bersama Sampai Pacak Khemah di Depan Rumah

Sebuah perkongsian daripada seorang gadis di TikTok menarik perhatian netizen apabila berpeluang untuk sertai sesi berbuka puasa yang sangat jarang diperlihatkan.

Menerusi video hantaran @tyy9691, pada awalnya warganet menyangka bahawa terdapat gerai menjual juadah berbuka di hadapan rumahnya kerana terdapat beberapa buah khemah terpacak serta dikerumuni orang.

jiran satu lorong sepakat

Rupa-rupanya, khemah tersebut dipacak oleh jiran-jiran selorong gadis ini yang sedang melakukan persiapan untuk berbuka puasa bersama.

Menerusi video tersebut, didapati jiran satu lorong sepakat untuk turut sediakan pelbagai hidangan berbuka yang dibawa dari rumah masing-masing untuk dikongsikan.

Siap Makan Dalam Talam Sama-Sama !

Tidak hanya itu, mereka juga membentangkan tikar seluas-luasnya di laluan lorong berkenaan dan iftar bersama-sama secara bersila. Sporting habis !

jiran satu lorong sepakat

Selain itu, sesi iftar tersebut turut mengingatkan netizen pada suasana kampung apabila mendapati juadah nasi dihidangkan di dalam talam untuk dikongsi bersama.

jiran satu lorong sepakat

Bestnya Dapat Jiran Macam Ni !

Dianggap sebagai aktiviti kejiranan yang jarang diperlihatkan, netizen turut memuji usaha jiran selorong ini untuk menghidupkan suasana Ramadan.

Walaupun ini merupakan pengalaman pertama kali berbuka sebegini, si perakam akui jiran-jirannya sangat aktif dan sentiasa bersepakat untuk lakukan pelbagai aktiviti bersama. Dia juga sempat menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan jiran-jiran yang baik serta mesra.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen cukup kagum dengan pertalian yang erat sesama jiran ini.

Meskipun sedikit cemburu, warganet turut terinspirasi daripada perkongsian gadis ini dan berhasrat untuk lakukan perkara sama bagi mengeratkan silaturrahim antara jiran tetangga.

jiran satu lorong sepakat

Aktiviti sebegini sememangnya baik untuk memupuk semangat kejiranan yang kian renggang bagi sesetengah orang.

Semoga perkongsian dari gadis ini dapat menjadi pencetus kepada ramai orang lagi untuk adakan aktiviti kejiranan yang ringkas namun bermakna.

Sumber : @tyy9691

tags: |