Jika di Kelantan, negeri Che Siti Wan Kembang terkenal dengan kuih putu halba yang diperbuat daripada ubi kayu ataupun tepung ubi kayu. Biasanya, ia hanya didapati pada musim tengkujuh sekitar bulan November hingga Februari.
Tetapi untuk kali ini, kami ingin kongsikan kuih lejen dari Perak dan cara buat putu perak original yang memang best dan gebu. Semakin lama semakin agak sukar untuk bertemu dengan kuih putu perak. Ini diakui sendiri oleh empunya resepi, Reisha Liena.
Katanya, putu perak selalunya menggunakan kain kasa. Namun, tiada kain kasa, dia hanya menggunakan daun pisang.
Jom Belajar Cara Buat Putu Perak Original, Kuih Lejen Yang Tetap Diminati Hingga Kini!
Bahan-Bahan:
- 4 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung pulut
- 1 cawan air suam
- 1 cawan gula hangus (gula diblander)
- 1 sudu kecil garam (saya guna sudu KFCC kecil tu sahaja)
Bahan Inti Putu:
- kelapa parut (putih sahaja)
- garam secukupnya
- satukan kelapa dan garam. gaul sebati
Cara Penyediaan:
- Dalam bekas besar, satukan tepung beras, tepung pulut dan garam. Gaul semuanya supaya sebati.
- Kemudian masukkan air secara sedikit demi sedikit. Ramas-ramaskan sehingga berketul-ketul.
- Pastikan tepung peroi dan bukan lembab. Kita akan tapiskan tepung itu.
- Apabila tepung sudah nampak peroi, masukkan sedikit dalam penapis. Tonyoh dengan jari. Buat sampai habis, saya tapis tepung 2 kali ya.
- Siap ditapis, masukkan gula. Gaul rata. Kemudian tapis sekali lagi.
- Masukkan adunan dalam acuan. Jangan ditekan. Masukkan sahaja. Mula-mula masukkan separuh dahulu. Kemudian letakkan inti kelapa. Kemudian masukkan adunan lagi sehingga penuh. Ratakan atasnya dan letak daun pisang. Terlangkupkan dalam kukusan.
- Ulang langkah 6 sehingga habis adunan. Kukuskan putu selama 10 minit.
Tip:
- Kalau ketika masukkan adunan tepung itu kita tekan, putu akan jadi padat.
- Kesannya, putu susah untuk dikeluarkan daripada acuan. Air kukusan jangan terlalu banyak. Isi air kukusan sedikit sahaja supaya air tidak menitis atas putu.
- Pastikan air kukusan betul-betul mendidih, baru masukkan putu.
- Selamat mencuba!
Dah siap putu perak kita! Bolehlah cuba di rumah okay. Senang dibuat dan sedap dimakan!
Sumber: Riesha Liena
Baca juga: Resepi Kerabu Telur Dadar Ala Thai, Campak-Campak Dah Siap. Ini Cara Buat Paling Mudah, Memang Sedap & Mesti Cuba!