Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Ayam Goreng Ala Kfc, Tengok Pun Dah Terliur!

Jom Buat Ayam Goreng Ala Kfc, Tengok Pun Dah Terliur!

Kategori: ,,
Ayam Goreng Ala Kfc

Pasti ramai dikalangan anda penggemar ayam goreng KFC kan? Ayam goreng yang rangup dan menyelerakan. Tapi, boleh tahan juga harganya. Kalau beli hari-hari memang makin nipis la poket. Jadi apa kata jom cuba goreng ayam ala kfc di rumah sendiri, baru boleh makan banyak dan puas hati! Resepi ayam goreng ala KFC perkongsian oleh Badd Aidaa. Jom cuba!

Ayam Goreng Ala Kfc

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Tepung bestari pedas – buat kat anak2 boleh guna tepung bestari original
  • Tepung beras – 2/3 sudu makan
  • Tepung jagung – 2/3 sudu makan

# Kalau nak goreng ayam banyak, sila gandakan bahan2.

Cara-cara:

  1. Bancuhkan tepung bestari dengan air, jangan pekat sangat jangan cair sangat. Perap bersama ayam selama 30 minit, nak lagi sedap perap lama lagi.
  2. Kemudian satukan tepung bestari, tepung jagung dan tepung beras.
  3. Golekkan ayam yang diperap tadi ke dalam tepung yang disatukan tadi.
  4. Kemudian goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Pastika ayam tenggelam. Goreng sehingga masak dan keperang-perangan.
  5. Siap!

Boleh dimakan ikut citarasa masing-masing.

Selamat mencuba!

Baca: Ini Cara Buat Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC, Anak-Anak Pasti Suka

tags: