Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Buat ‘Cheezy Meatball Fries’, Memang Sedap & Tak Muak

Jom Cuba Buat ‘Cheezy Meatball Fries’, Memang Sedap & Tak Muak

Kategori:
Cheezy Meatball Fries

Resepi Cheezy Meatball Fries ini menggunakan meatball yang dibuat secara homemade. Jika anda mahu membeli meatball segera pun tiada masalah. Rasa tetap sedap dan menyelerakan. Ikuti resepi lengkap Cheezy Meatball Fries di bawah.

Jom Cuba Buat ‘Cheezy Meatball Fries’, Memang Sedap & Tak Muak

Bahan-bahan meatball:

  • 1 cawan mozzarella cheese
  • Blackpepper
  • Garam
  • Parsley
  • Serbuk cili
  • Setengah cawan cream chese ( tknk letk pon tkpe nk sedap letak hehe)
  • 8biji bawak putih
  • Setengah cawan serbuk roti

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan. Gaul sampai sebati menggunakan tangan.
  2. Bila sudah sebati, ambil sedikit dan bulat-bulatkan sehingga habis.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng meatball sehingga masak.
  4. Angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan cream:

  • 1 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 2 or 1 kiub daging
  • 1 1/2cup whipping cream
  • Serbuk cili
  • Blackpepper
  • Setengah cawan mozzarella cheese
  • 2 keping cheese slice

Cara-cara:

  1. Panaskan butter. Bila dah cair, masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
  2. Masukkan pula air, tunggu sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan kiub daging.
  4. Masukkan whipping cream, serbuk cili dan blackpepper. Kacau sebati.
  5. Masukkan pula mozarella cheese dan slice cheese.
  6. Bila semua dah sebati, masukkan meatball yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati.
  7. Tuangkan ke atas fried yang sudah digoreng.

Kredit: Arianna Kitchen

 

Baca juga: Anak-Anak Makan ‘Makaroni Salad’ Tak Cukup Sebekas, Berselera! Bapa Ini Kongsi Rahsianya

tags: