Rupanya boleh buat sendiri kopi latte art di rumah tanpa menggunakan mesin kopi! Selepas ini tidak perlu beli lagi, buat sendiri je di rumah. Ikuti perkongsian oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berkongsikan cara-cara membuat sendiri kopi bersama latte art di rumah.
Kat mana nak beli pitcher dan French press? Lazada ada, IKEA ada, kedai kelengkapan masak pun ada. Murah je.
1. Yang kole besi tu, pitcher. Yang sebelah kanan tu French press. French press ni sebenarnya adalah penapis hampas kopi. Namun untuk buat kopi ini, bukan digunakan untuk tapis kopi tapi untuk gebukan susu.
2. Saya guna susu segar (fresh milk/ full cream). Kalau kalian nak guna susu sejat pun boleh. 100ml susu sejat + 100ml air panas. Kalau nak guna susu pekat maniz pun boleh. 2-3 camca teh susu pekat manis + 170ml air panas.
3. Saya guna susu segar, jadi kena panaskan dalam microwave dulu. Saya bubuh dalam pitcher kaca ni masa nak panaskan. Seminit sahaja. Kalau nak pakai dapur gas pun boleh. Panaskan sampai susu sekitar 50°C. Kalau lebih, susu rosak.
4. Kemudian tuang susu panas tu dalam French press. Kenapa nama dia French press? Entah, mungkin orang Perancis ramai yang tertekan kot. Haha.
5. Alamak lupa nak larutkan Nescafe! Letak Nescafe dan gula dalam cawan kesayangan kau orang. Bancuh dengan sedikit air panas.
6. Kemudian kita kocak susu tu macam ni. Kau orang jangan macam-macam. Kocak je perlahan-lahan dan cermat. Ini akan buat susu jadi gebu. Baru boleh buat latte art.
https://www.facebook.com/505988350/videos/pcb.10157373007333351/10157373007158351
7. OK! Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba! Saksikanlah keajaiban! Alakazam!
https://www.facebook.com/505988350/videos/pcb.10157373007333351/10157373023223351
8. Semoga bermanfaat!