Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ikan » Jom Buat Serunding Homemade, Stok Untuk Bulan Ramadhan

Jom Buat Serunding Homemade, Stok Untuk Bulan Ramadhan

Kategori:
Serunding Homemade

Serunding sentiasa menjadi makanan hidangan pilihan sebahagian rakyat Malaysia untuk bersahur mahupun berbuka puasa. Jika terlewat bangun sahur, serunding merupakan menyelamat kerana ianya sudah tersedia untuk dimakan.  Harga serunding boleh tahan mahal juga. Kalau nak jimat, boleh buat sendiri serunding homemade di rumah.

Jom ikuti resepi serunding perkongsian dari Cik Pipah ini.

Resepi Serunding Homemade

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung 3kg
  • Asam
  • Garam
  • Bawang merah kecil 12 biji*
  • Bawang putih 7-8 ulas*
  • Bawang holland 1 biji*
  • Halia 2 inci*
  • Kunyit 2 inci*
  • Lengkuas 2 inci*
  • Serai 4 batang*
  • Cili kering*(saya beli yg rm1 potong ,rebus dan blend sendiri)
  • Asam keping 2 keping
  • Santan 1 biji kelapa (ambil yg pekat sahaja)

Cara-cara:

  1. Rebus ikan kembung bersama asam dan garam. Bila dah masak, toskan dan buang tulang ikan.
  2. Kisarkan semua bahan yang bertanda (*).
  3. Kemudian masak bahan dikisar tadi sehingga naik bau.
  4. Letak ikan yang telah di buang tulang.
  5. Letak santan, asam keping dan gula garam secukup rasa (jika nak letak gula melaka pun boeh juga ye).
  6. Masakkan sehingga kering. Saya masak selama 2jam bagi kering (sila refer gambar yg last sekali).

Selamat mencuba semua!

Kredit: Cik Pipah

 

Baca juga: Keropok Lekor Homemade, Pertama Kali Buat Pun ‘Confirm’ Menjadi

tags: |