Sekarang, jika sebut je mengenai donut, pasti orang ramai akan teringat tentang donut red velvet yang menjadi trend sekarang.
Jika korang bosan dan mahu mencuba sesuatu yang lain dari yang lain, jom try buat donut hijau pula! Donut gula melaka petak di sini bermaksud donut berperisa pandan kelapa cheese yang memang berlemak dan gebu isinya dan berbentuk petak.
Perkongsian donut gula melaka ini telah dikongsi oleh Izu Rosli di laman Facebooknya. Jom rujuk bersama!
Bosan Dengan Trend Donut Red Velvet? Jom Cuba Donut Gula Melaka Petak Pula! Aroma Pandan Kelapa Cheese Jadi Igauan Ramai!
Bahan-Bahan:
- 1 kilogram tepung gandum
- 1 pax yis brand apa pun tak kisah
- 3 sudu gula
- 1 sudu teh garam
- 3 sudu susu pekat manis
- ais suam 1 cawan setengah (agak-agak)
- 4 sudu marjerin
- 1 sudu bread improver
- 1 1/2 sudu coconut pandan emulco (siap warna hijau)
Cara Penyediaan:
- Larutkan gula, susu, yis dan emulco coconut pandan, biarkan sehingga kembang.
- Dalam besen, masukkan 1 kilogram tepung, 1 sudu teh garam, 4 sudu makan marjerin, bread improver dan gaul sehingga marjerin sebati dalam tepung. Bila yis dah kembang, masukkan sikit-sikit.
- Uli sampai doh tak melekat dekat tangan (air kena pandai agak ya).
- Kemudian, rehatkan doh sehingga kembanga 2 kali ganda.
Cara Untuk Petakkan Donut:
- Bila doh dah kembang, tumbuk la umpama melepaskan geram supaya angin-angin nya keluar.
- Kemudian, roll dengan kayu. Ikut la tebal mana yang korang nak. Dan potong la guna pisau.
- Masa potong, korang agak-agak untuk jadi bentuk petak besar macam mana.
- Kalau rajin nak sama rata ukur lah guna pembaris, tapi saya malas.
- Lepastu jangan lupa tekap lubang ya. Jangan tanya saya guna apa.
- Korang pilih lah benda apa yang boleh digunakan. Tutup botol ke atau susu anak pun boleh.
- Dah potong, rehat kan doh. Biar kembang.
- Bila cantik mengembang, goreng lah dalam api yang sedang-sedang elok panas yang sesuai untuk goreng donut ini.
Cara Campurkan Gula Melaka:
- Saya guna gula melaka yang blok tu. Masak dengan sedikit air dan daun pandan. Dah masak, tapis dan sejukkan.
Cara Campurkan Cream Cheese:
- Cream cheese dicampur dengan 2 sudu makan marjerin, susu pekat manis (ikut kemanisan manis yang korang suka), 1,2 titik pandan coconut paste, sedikit air gula melaka. Campurkan semua bahan tadi. Jangan terlalu cair ya, agak-agak sebati sahaja.
- Last sekali, potong donut dari bawah (tengok gambar yang saya tunjuk tu tau! Kemudian paipkan cream cheese, letak sedikit gula melaka.
- Untuk luar dia boleh salut susu powder, gula, tepung jagung yang telah diblend halus.
- So, inilah donut hijau petak gula melaka versi saya.
Siap sudah donut gula melaka petak kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Izu Rosli
Baca juga: Ini Rahsianya! Tips Kuih Apam Nasi Supaya Jadi Lebih Gebu. Nak Merekah Cantik Kena Guna Cara Ini