Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Pasta Ayam Percik Ini, Resepi Lain Dari Lain! Sedap & Tak Muak

Jom Cuba Pasta Ayam Percik Ini, Resepi Lain Dari Lain! Sedap & Tak Muak

Kategori:
pasta ayam percik

Sebelum ini kita biasa makan ayam percik bersama nasi sahaja kan? Apa kata jom cuba pasta ayam percik ni pula. Rasanya pasti tidak mengecewakan dan mampu memikat hati anda. Selamat mencuba!

Jom Cuba Pasta Ayam Percik Ini, Resepi Lain Dari Lain! Sedap & Tak Muak

Bahan-bahan kisar:

  • 10x Bawang Merah
  • 2x Bawang Putih
  • 2x Serai Halia ( 1 inci )

Bahan lain:

  • Cili giling
  • Serbuk hilal (boleh gantikan dengan gula & garam)
  • Tepung japung (untuk bagi likat)
  • Asam jawa/keping
  • Santan pekat
  • Pasta (sudah direbus)
  • Ayam grill (Dipotong kecil)

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar.
  2. Masukkan cili giling. Kemudian masukkan juga serbuk hilal dan tepung jagung. Kacau sebati.
  3. Masukkan sedikit asam jawa dan santan.
  4. Kemudian masukkan pasta yang sudah direbus. Gaul sebati.
  5. Masukkan ayam yang sudah di grill dan dipotong kecil.
  6. Selamat mencuba.

Kredit: ASH (FoodHunter) @Ashril_92 

tags: