Bulan Ramadan 2023 semakin menghampiri dan kian terasa. Pasti ada di antara kita yang sudah merancang untuk makan malam iftar di mana, sempena menyambut dan meraikan bulan yang mulia ini.
Tidak perlu memeningkan kepala, anda boleh berkunjung ke restoran Me’nate Steak Hub yang terkenal dengan daging premium. Mereka bakal menghidangkan hidangan iftar dan sajian Ramadan yang istemewa di seluruh cawangan Me’nate Steak Hub bermula pada 24 Mac hingga 20 April 2023.
Apa yang menarik, konsep ciri-ciri kemelayuan rumah kampung dan kenangan silam diperkenalkan oleh Me’nate untuk Ramadan kali ini. Mereka komited untuk menampilkan suasana baru yang lebih segar dan santai.
Ia bagi menyemarakkan semangat Ramadan bersama keluarga tercinta dan sahabat handai sambil menikmati juadah Ramadan Iftar Platter Me’nate Steak Hub tahun ini.
Pada kali ini, sajian “Ramadan Preview” agak berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya kerana Me’nate Steak Hub akan memperkenalkan 4 jenis menu hidangan istimewa iaitu “Ramadan Iftar Platter”. Ia didatangkan dengan nama Heavenly Me’nate, Heavenly Ribs, Heavenly Lamb dan Heavenly Seafood yang sesuai untuk 5 orang bermula
dengan harga serendah RM80 untuk seorang.
Bukan itu sahaja, bagi membasah tekak yang kering ketika Ramadan, setiap set akan dihidangkan dengan 2 jug air pelbagai pilihan dengan hanya berharga RM110 sahaja untuk seorang.
Untuk mereka yang ada di rumah dan tiada masa untuk keluar, jangan risau! Iftar Nate-Box tersedia untuk anda bagi santapan 5 hingga 6 orang. Didatangkan dengan pilihan makanan yang sama serendah harga RM299.90.
Bagi yang sukakan pencuci mulut, memang sesuai berkunjung dan menikmati makan malam iftar di sini kerana mereka menawarkan akses percuma ke “Mini Buffet – Appetizers dan Deserts”. Di sini Me’nate akan menampilkan pelbagai menu pembuka selera dan pencuci mulut yang lazat.
Selain daripada menu istimewa Ramadan tahun ini, Me’nate masih lagi menyajikan menu ala-carte seperti biasa bermula selepas jam 8 malam.
Dalam pada meraikan bulan yang mulia ini, Me’nate juga mengajak pelanggan untuk menyelami dan membantu golongan-golongan yang memerlukan. Pakej Infaq kali ini bertemakan “Jom Bersama Bahagiakan Ummah” untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan seperti golongan asnaf, warga tua, pelajar tahfiz dan juga anak-anak yatim dengan jamuan berbuka puasa.
Antara pakej Infaq yang ditawarkan ialah Pakej Infaq RM1000, RM700, RM500, RM300 dan seikhlas hati. Bagi individu atau syarikat yang berminat membuat Infaq boleh berhubung terus ke laman sesawang www.menate.com.my atau menghubungi pegawai perhubungan korporat kami di talian 011-55558448.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Raikan Ramadan anda dengan Me’nate Steak Hub dan rasai pengalaman berbeza di sana. Untuk sebarang urusan tempahan,sama ada tempahan awal, tempahan jamuan korporat, pakej infaq, boleh hubungi Me’nate Steak Hub di talian 03-41419133, WhatsApp 011-55558448 atau email:menatemarketing@gmail.com.
Selamat berpuasa dan menikmati, semuanya!