Family Mart bukan sahaja terkenal dengan oden dan aiskrim sofuto mereka. Mereka juga terkenal dengan aneka pencuci mulut yang lazat dan menyelerakan, salah satunya adalah Macaron Family Mart yang telah menjadi kegemaran dan rebutan ramai!
Tengok warna macaron ni pun dah mengancam, rasanya pun sedap! Dalam 1 kotak macaron datang dengan 3 perisa iaitu coklat, salted caramel dan blue lagoon. Ramai dah cuba, dan rasanya pun memang sedap!
Nampak sedap kan? Wajib cuba jika anda ke Family Mart.
Harganya pun juga mampu milik, hanya RM11.90 sahaja setiap kotak. Jadi apa kata, jom serbu Family Mart berdekatan anda sekarang!