Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jual Air Balang Dalam Akuarium Undang Bahaya Kepada Pelanggan, Nasihat Lelaki Ini Kepada Peniaga Terima Sokongan Ramai

Jual Air Balang Dalam Akuarium Undang Bahaya Kepada Pelanggan, Nasihat Lelaki Ini Kepada Peniaga Terima Sokongan Ramai

Kategori:
air balang dalam akuarium

Dalam dunia yang banyak dengan inovasi dan kepelbagaian dalam mencipta sesuatu, terkadang ada yang disalah gunakan.

Seperti inovasi air balang yang dijual di dalam akuarium oleh sesetengah peniaga menimbulkan syak wasangka dan was-was kepada orang ramai. Ia berkenaan dengan keselamatan dalam menyediakan minuman kepada pelanggan.

Menurut satu perkongsian yang tular oleh seorang lelaki bernama Mat Yoe di laman Facebook, nasihat dan penegasan beliau mendapat perhatian ramai. Katanya, perkara ini sudah lama berlaku tetapi baru sahaja tular (viral) dalam media sosial.

Jual Air Balang Dalam Akuarium Undang Bahaya Kepada Pelanggan, Nasihat Lelaki Ini Kepada Peniaga Terima Sokongan Ramaiair balang dalam akuarium

“Viral gambar ni, benda ni salah. Aku gerenti esok lusa akan ramai peniaga air balang yang akan tiru cara ini. Aku nasihatkan jangan tiru. Sebenarnya trend ini bermula Ramadan yang lalu lagi. Cuma baru viral.

“Kesalahan dalam gambar adalah menggunakan akuarium kaca dan juga pam akuarium jenis plastik (hanging filter). Kedua-dua bahan ini bukan dalam kategori food grade iaitu bahan yang tidak sesuai digunakan sebagai bahan penyediaan makanan dan minuman,” terangnya dalam kenyataan berkenaan.

Bahaya Digunakan Sebab Terkandung Kaca Yang Bukan Dalam Kategori Food Grade

Perkongsian itu juga dikongsi di ruangan Twitter oleh seorang pengguna media sosial bernama Mohammad Faeez Harith dan turut mendapat perhatian netizen.

“Haaa konon nak lain dari yang lain sangat air balang akuarium tu kan? Jemput baca. Membaca amalan mulia.

“Secara peribadi aku memang agak geli sedikit bila air dijual dalam akuarium sebab proses nak cuci dalam akuarium tak sama macam balang air yang senang diangkat,” tulisnya mengulas perkara isu air balang dalam akuarium berkenaan.

air balang dalam akuarium air balang dalam akuarium air balang dalam akuarium

Semoga perkara ini mendapat perhatian peniaga kerana isu keselamatan sebegini harus dititikberatkan oleh semua untuk mengelak padah yang menimpa. Seperti kata pepatah, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Sumber: Mat Yoe

Baca juga: Tip Bersihkan Minyak Masak Tertumpah Di Lantai, Jangan Terus Mop Tapi Guna Cara Ini

tags: |