Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jual Apam Balik Guna Bonet Kereta Kancil, Siap Boleh Guna 3 Kuali. Netizen Terpegun Dengan Idea Kreatif Peniaga Ini

Jual Apam Balik Guna Bonet Kereta Kancil, Siap Boleh Guna 3 Kuali. Netizen Terpegun Dengan Idea Kreatif Peniaga Ini

Kategori:

Fikiran orang berniaga ini sangat lain dari orang lain kerana ada saja cara mereka untuk mencari rezeki. Apa yang ada di depan mereka, mesti ada saja idea mereka dan disebabkan itulah mereka tidak pernah berputus asa.

Kisah si penjual apam balik kereta kancil ini atau Kancil Apam Balik Stall menjadi inspirasi kepada anak muda yang ingin mulakan perniagaan supaya jangan cepat mengalah.

Jual Apam Balik Guna Bonet Kereta Kancil, Siap Boleh Guna 3 Kuali & Idea Sangat Kreatif & Inovatif!

Sahabat Rozal bin Malakan kongsikan video seorang lelaki menjual apam balik hanya menggunakan bonet kereta kancil sahaja. Kedai peniaga tersebut dikenali sebagai Kancil Apam Balik Stall yang bertempat di Sam Gor Kopitiam Kepong, buka pada jam 7 pagi hingga 2 petang. 

Melihat daripada kerangupan dan inti apam balik yang beliau jual, memang nampak sangat sedap dan harus dibeli jika berada di kawasan anda.

kereta kancil

Apa yang menarik, dia hanya menggunakan 3 kuali non-stick dan ruang bonet kereta kancilnya. Pelbagai jenis perisa yang dijual antaranya pisang, coklat dan banyak lagi.

Berikutan dengan invosi yang dilakukan dalam berniaga apam balik tersebut, dia telah mendapat banyak pujian dari orang ramai. Ramai yang memuji ideanya yang menarik dan kesungguhannya dalam mencari rezeki.

kereta kancil

@rozmalmalakan

Buat apam balik guna kuali biasa, kereta Kancil. Inovatif

♬ Lemak Manis – Haziq Rosebi

@rozmalmalakanBuat apam balik guna kuali biasa, kereta Kancil. Inovatif♬ Lemak Manis – Haziq Rosebi

Terbaik Ler Sahabat

kereta kancil kereta kancil kereta kancil kereta kancil

Anda boleh singgah Kancil Apam Balik Stall yang bertempat di Sam Gor Kopitiam Kepong, buka pada jam 7 pagi hingga 2 petang. 

Jadi, kalau lokasinya berdekatan dengan anda, memang rugi lah kalau tak cuba!

Selamat mencuba semuanya.

Kredit: Rozal Malakan

Baca juga: Apam Balik Harga 50 Sen, Peniaga Ini Masih Jual Harga Murah Walau Sudah 25 Tahun Berniaga

tags: | |