Saban hari semakin banyak penjual yang menginovasikan menu mereka dengan menggabungkan pelbagai makanan atau minuman sehingga ia menjadi hidangan unik.
Seperti video seorang peniaga dikenali sebagai Abang Goncang Padu yang menjual minuman goncang telah tular baru-baru ini di laman TikTok kerana keunikan airnya.
Keunikan airnya dilihat apabila dia mencampur air gas F&N bersama susu pekat manis dengan kuantiti yang banyak.
Videonya bukan sahaja tular di laman Tiktok, malah di laman Twitter juga hangat membincangkan tentang airnya. Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen dengan mengutarakan pendapat masing-masing.
Ada yang ingin mencuba keunikan air itu dan ada juga yang memberi nasihat agar berhati-hati meminumnya untuk mengelakkan penyakit seperti kencing manis selepas melihat kadar gula yang digunakan.
“Rasa nak cuba untuk sekali, nak tahu rasanya macam mana,” komen beberapa netizen yang ingin tahu rasa airnya bagaimana.
“Dulu aku kena ‘kejutan budaya’ waktu kerja pelayan restoran apabila ada pelanggan order Pepsi+Susu. Apakah motif di sebaliknya? Tanya member-member yang normalisasikan benda ni katanya nak kurangkan gas/manis. Aik.. Gas kurang ke tidak manis tu kekal juga. Ni kau tambah lagi susu,” komen seorang netizen berkongsi pengalamannya tentang air minuman sebegini.
Selain itu, netizen turut meninggalkan komen-komen yang menasihati agar berhati-hati dalam penggunaan gula untuk minum air susu pekat manis dengan air F&N untuk mengelakkan penyakit seperti diabetes (kencing manis).
Mungkin yg minum ni, lidah dia kebas rasa manis. 🙄 pic.twitter.com/zOgNP0aTJb
— Dean or Deen (@DeanOrDeen) August 14, 2023
Tetapi pada akhirnya, ia terpulang kepada individu atau pelanggan tersebut untuk mencuba minuman susu pekat manis dengan air F&N atau tidak. Sesiapa yang ingin mencubanya, lokasi kedai terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Sumber: Dean of Deen
Baca juga: Bawang Lebihan Selalu Layu & Terpaksa Buang? Ikut Tips Ini Supaya Kekal Elok Hingga 4 Hari