Dalam era globalisasi yang penuh dengan makanan pelbagai rupa dan rasa, kafe-kafe menyediakan pelbagai pencuci mulut (dessert) yang enak dan aslinya datang dari pelbagai negara.
Misalnya, kafe Malaysia dipenuhi dengan pastri seperti dari negara Perancis iaitu Croissant yang dihidangkan dengan pelbagai rasa seperti coklat, pistachio, red velvet dan lain-lain.
Justeru, ada yang membangkitkan pertanyaan tentang kuih tradisional juga patut dijual di kafe-kafe untuk mengangkat lagi warisan ini di Malaysia.
Lagi pula, siapa yang akan mengangkat kuih tradisional Malaysia kalau bukan rakyat Malaysia sendiri.
Dari segi harga pula, sememangnya kuih tradisional perlu dijual dengan harga yang berpatutan, bukan memandang kepada kuih tradsional harus dijual dengan harga murah.
Merujuk pendapat seorang chef yang dikenali sebagai @Butteralways, dia mendedahkan pembuatan kuih tradisional Malaysia memerlukan skil yang bagus kerana tiada jalan pintas untuk dapatkan hasil yang berkualiti.
Tidak bergantung kepada kilang seperti kuih atau pastri lain, kuih melayu kebiasaannya akan menggunakan bahan asli seperti santan yang diperah sendiri.
Malah, dia percaya individu yang membuat kuih melayu tradisional layak dibayar seperti pastri perancis. Dengan memandang tinggi para pembuat kuih tradisional, barulah timbul keinginan orang ramai untuk belajar untuk jualan serta menghargai hasil titik peluh dalam seni pembuatannya.
Seorang individu lagi yang pernah bekerja part time di sebuah kedai roti yang menjual kuih tradisional juga bersetuju berkenaan pembuatan kuih melayu dari awal sememangnya memerlukan skil dan ilmu yang tinggi.
Dia mendedahkan paling minimum kuantiti tempahan yang diterima pada ketika itu adalah 100 keping dengan caj 50 sen bagi setiap satu. Bagi dirinya, setakat nak jual 20 keping memang tidak berbaloi memandangkan ia sangat renyah untuk dibuat sekaligus tidak balik modal.
Secara kesimpulan, kuih tradisional Malaysia ini sememangnya layak dijual dengan harga berpatutan, sesuai dengan kepayahan yang dicurahkan oleh pembuat kuih.
Majulah kuih tradisonal Malaysia untuk dunia!
Sumber: buttercupalways
Baca juga: Peniaga Ini Jual Ayam Goreng RM1, Harga Jualan Murah Cetus Perdebatan Ramai