Cuba kita selami dan gali, apakah logik zaman sekarang ada yang menjual makanan pada harga yang terlampau murah. Mustahil kan? Mana nak dapat untungnya jika meniaga dengan harga yang tidak masuk akal.
Nak jumpa harga makanan bawah RM1 zaman sekarang punyalah susah. Kuih muih pun sudah berharga RM2, apatah lagi jika makanan tersebut adalah makanan berat.
Tidak mungkin kan? Namun apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok yang dikenali dengan nama Onerizqy ini cukup membuatkan orang ramai terkejut. Apabila harga bagi mee goreng, kuey teow goreng serta bihun goreng yang dijual oleh Fire Kitchen Abang Bomba itu hanyalah RM0.50 sepinggan.
Luar biasa murah kan? Melihat kepada kuantiti yang ditunjukkan oleh Onerizqy di dalam video berkenaan juga agak banyak kuantitinya. Pada mulanya ramai yang berasa teruja namun rupa-rupanya jualan pada harga 50 sen itu hanya berlangsung selama 3 hari sahaja sempena program Keluarga Malaysia.
Walaubagaimanapun, ia cukup berguna. Bukan sahaja kepada pengunjung luar namun mereka yang bertugas pada program tersebut juga boleh berjimat cermat.
Menurut Onerizqy di ruangan komen, setelah menjawab komen dari warganet katanya, ” 3 hari bang, saya bertugas dekat sane. Okla bang, 3 hari, jimat berlanja kami-kami petugas di sana. Air pun 50 sen free refill sampai muntah”.
@onerizqy Harga dia syirik geng…mne nk dpt mee/kuey teow/bihun goreng harga macam tu kat lembah Klang ni.. #fypmalaysia #fyp #fypシ #fypmalaysia🇲🇾tiktok #makananviral ♬ original sound – onerizqy – Onerizqy
Pada mulanya, ramai yang tidak percaya harga bagi mee goreng berkenaan hanya 50 sen. Malah ada segelintir warganet yang tertanya-tanya akan kuantitinya. Adakah banyak atau pun sedikit sahaja. Oleh kerana itu, lelaki ini telah berkongsi satu lagi video yang menunjukkan kuantiti mee goreng tersebut.
@onerizqy Replying to @flavourcendawan Untuk menjawab persoalan anda semua, jd inilah die mee goreng Rm0.50.. #fypmalaysia🇲🇾tiktok #fypシ #fyp #fypmalaysia #makananviral
@onerizqy Replying to @flavourcendawan Untuk menjawab persoalan anda semua, jd inilah die mee goreng Rm0.50.. #fypmalaysia🇲🇾tiktok #fypシ #fyp #fypmalaysia #makananviral ♬ original sound – Onerizqy
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang berasa terkejut dan teruja namun ada juga yang meninggalkan komen menyatakan di sekolahnya, harga bagi mee goreng seperti di dalam video adalah RM2.
“Sekolah aku banyak tu 2.00″ – Naz
Ada juga yang sempat mendoakan abang bomba berkenaan memandangkan diaorang meniaga sambil bersedekah. ” Ya Allah, ni lah namanya meniaga sambil bersedekah. Semoga abang-abang bomba dimurahkan rezeki” – ARRA.
Manakala menurut abcdefgh.. “kalau dekat tiap hari aku p Rm50 jimat sebulan”. Menurut imZam pula apabila melihat video tersebut, dia meninggalkan komen menyatakan ini macam menderma bukan menjual. Apa pun steady.
Walaupun mee goreng berkenaan dijual pada harga 50 sen hanya untuk 3 hari namun ia cukup membantu ramai orang. Walaupun hanya sekadar 3 hari namun ia boleh menjimatkan wang berhari-hari.
Bahkan bukan sahaja mee goreng murah, air yang disediakan pada program tersebut juga percuma. Walaupun hanya 3 hari, ia sangat-sangat berguna!
Sumber: TikTok onerizqy
Baca juga: Staff Siang Udang Sampai Lunyai, Lelaki Ini Sedih & Mohon Maaf, Risau Pelanggan Tak Puas Hati