Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jual Nanas RM1 Sebiji Untuk Elak Lambakan, Tak Sangka Ini Yang Terjadi Selepas ‘Viral’

Jual Nanas RM1 Sebiji Untuk Elak Lambakan, Tak Sangka Ini Yang Terjadi Selepas ‘Viral’

Kategori:
Jual Nanas RM1

Baru-baru ini, viral di laman sosial berkenaan pekebun nanas di Johor Bharu terpaksa menjual hasil tanaman mereka dengan harga RM1 sebiji bagi mengelakkan kerugian dan lambakan disebabkan oleh permintaan yang kurang.

Pekebun nanas, Encik Ismail Basiran berdepan kerugian selepas 5,000 buah nanas morris dan josapine menjadi busuk kerana lewat dipetik sejak seminggu lalu.

Terpaksa Jual Dengan Harga RM1 Untuk Elak Kerugian

Menurutnya, pekebun nanas di sini terpaksa menjual hasil tanaman mereka dengan harga RM1 sebiji bagi mengelakkan kerugian dan lambakan disebabkan oleh permintaan yang kurang.

Untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar, Encik Ismail perlu memastikan 200, 000 buah nanas yang sudah matang untuk dipetik dapat dijual.

Kebiasaannya, nanas akan dibeli oleh peraih dari Simpang Renggam, namun mereka tidak dapat memborong dalam kuantiti yang banyak kerana tiada majlis perkahwinan ketika Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini. Nanas morris dan josapine ini banyak digunakan dalam masakan.

Kuasa ‘Viral’

Oleh sebab itu, Encik Ismail turut membuat promosi menerusi Facebook dan telah mendapat sambutan yang amat baik dari orang ramai.

Bukan itu sahaja, perkara ini juga telah tersebar di laman sosial dan kesemua nanas Encik Ismail sudah habis terjual kerana telah diborong oleh pembeli dari Batu Pakat, Kluang dan Pontian.

Sumber: Sinar Harian

tags: |