Roti canai adalah antara santapan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Hidangan tersebut biasanya dimakan ketika sarapan ataupun pada malam hari bersama keluarga, rakan ataupun orang tersayang.
Menyebut hidangan roti canai, ia juga merupaka hidangan yang sering disebut-sebut di negara ini ketika ini. Hal ini disebabkan ia mengalami peningkatan harga kerana peningkatan bahan mentah tepung atau gandum yang turut meningkat.
Tetapi, hal yang berbeza berlaku kepada Ismail Ibrahim, seorang peniaga roti canai di Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Seberang Perai apabila masih memilih menjual roti canai dengan harga RM1 sahaj sejak 6 tahun lalu.
Menurut Kosmo, dia mengambil keputusan berani itu walaupun berdepan dengan kenaikan mendadak kos barangan ketika ini. Alasannya adalah mahu berkongsi rezeki dengan pelanggan setianya.
“Ketika ini semua harga bahan mentah naik. Sebelum ini harga seguni tepung gandum dengan kuantiti 25 kilogram (kg) adalah RM50. Tetapi sekarang RM70 seguni. Manakala 10kg kacang parpu pula RM23 dan kini harganya RM32.
“Situasi kenaikan harga barangan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya ketika ditemui di gerainya semalam.
Menurut pemilik Kedai Roti Canai Ismail, ekoran situasi kenaikan harga barangan ketika ini, dia tidak tergamak untuk menaikkan harga meskipun untung yang diperoleh tidak bessar.
“Untung tidak banyak, asalkan boleh buat pusingan modal saya bersyukur. Yang penting niat saya mahu berkongsi rezeki dengan pelanggan yang selama ini menyokong perniagaan ini.
“Saya membuka perniagaann ini selama hampir 40 tahun sudah,” katanya yang memulakan perniagaan makanan itu sejak tahun 1982.
Ujarnya lagi, kira-kira 250 keping roti canai dengan beberapa pilihan menu seperti roti canai banjir, roti canai telur serta roti canai sardin selain roti canai kosong habis dijual setiap hari.
“Biasanya pelanggan lebih gemar makan roti canai banjir iaitu campuran kuah kari dan kuah parpu bersama telur sebiji yang berharga cuma RM2.” ujarnya.
Sementara itu, pelanggan setia Azimin Ramli, 37, berkata, dia sanggup berulang-alik dari rumahnya di Kulim, Kedah ke Permatang Rawa untuk memakan roti canai banjir Ismail.
“Harga berpatutan teskturnya juga lembit. Susah hendak dapat harga RM1 seperti itu di kedai-kedai lain sekarang,” katanya yang menjadi pelanggan setia roti canai RM1 Ismail sejak 11 tahun lalu.
Sebagai pembeli, bolehlah membayar lebih kepada peniaga yang menawarkan jualan sambil berkongsi rezeki seperti ini untuk menyokong peniaga kecil jika ada rezeki lebih.
Semoga Pak Cik Ismail diberi rezeki yang luas.
Sumber: Kosmo