Soju adalah sejenis minuman keras jernih dan tersuling yang berasal dari Korea. Kebanyakan jenama soju lazimnya dihasilkan di Korea Selatan dan biasanya diperbuat daripada beras, gandum atau barli. Ia melalui proses penapaian dan seterusnya penyulingan.
Bercakap mengenai soju, terdapat sebuah isu yang dibangkitkan oleh netizen di media sosial berkenaan sebuah restoran yang menjual soju dan dikatakan ianya halal.
Menurut video berkenaan, minuman itu sebenarnya halal kerana ia hanyalah air buah dan tidak mengandungi sebarang jenis alkohol. Dapat dilihat juga influencer itu mencampurkan air berkenaan dengan sebuah minuman susu kultur.
Lantaran itu, video seorang lelaki yang bercakap mengenai soju halal disokong ramai kerana kenyataan yang dikeluarkan begitu realistik dengan isu ini.
Lelaki yang dikenali sebagai Hubert Lee ini berkata, tiada istilah yang dinamakan sebagai soju halal kerana soju sememangnya mempunyai peratus alkohol.
“Tiada istilah halal soju sebab sebut je soju, ia adalah minuman alkoholik. Soju bukan macam air Sprite atau 100 Plus. Soju lagi rasa pahit, its burns your mouth.
“Dan bila you telan soju, memang akan rasa alkohol. Orang yang minum soju bukan minum dengan ais, dorang minum panas atau suam.
“Dan kalau orang campur Sprite dan yogurt, itu bukanlah halal soju. Itu orang panggil dizzy yogurt,” katanya dalam video tersebut yang dimuatnaik dua tahun lepas.
Fakta bahawa dia memuatnaik video berkenaan 2 tahun lalu memberi gambaran bahawa isu ini sudah lama dibincangkan dan ia menjadi tular kembali apabila timbul isu seorang influencer yang mempromosi soju halal tersebut.
Pada akhirnya, soju halal yang diperdebatkan setelah sekian lama tidak akan menghalalkan ia menjadi minuman halal kerana soju mempunyai kandungan alkohol.
@hubertceo WHAT IS A HALAL SOJU?! 😳😳😳 (if you nak BM version let me know in comments lah I translate later)
@hubertceoWHAT IS A HALAL SOJU?! 😳😳😳 (if you nak BM version let me know in comments lah I translate later)♬ original sound – Hubert – Hubert Lee
Seharusnya, peniaga harus menukar nama Soju halal kepada nama lain jika ingin menjual minuman sebegitu kerana pada asasnya, dia menggunakan minuman bersoda, bukannya soju.
Sumber: Hubert Lee