Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hebat Layanan Dia..”, Jumpa Lalat Dalam Nasi Goreng Pelanggan, Tak Sangka Pekerja Kedai Makan Buat Macam Ni

“Hebat Layanan Dia..”, Jumpa Lalat Dalam Nasi Goreng Pelanggan, Tak Sangka Pekerja Kedai Makan Buat Macam Ni

Kategori:
lalat dalam nasi goreng

Dalam kehidupan, pasti terkadang ada kesilapan yang tidak disengajakan berlaku. Apa yang membezakan adalah tindakan untuk memperbaiki kesilapan yang terjadi ke arah yang lebih baik.

Misalnya, sebuah kisah yang dikongsikan oleh seorang pelanggan kedai makan tular di laman sosial media Facebook apabila dia menceritakan bagaimana pekerja kedai makan mengendalikan isu tersebut.

“Hebat Layanan Dia..”, Jumpa Lalat Dalam Nasi Goreng Pelanggan, Tak Sangka Pekerja Kedai Makan Buat Macam Ni

lalat dalam nasi goreng

Menurut perkongsian yang dikongsikan oleh Mohd Noor Azam, tindakan pekerja itu membuka matanya tentang sesuatu. Sesuatu yang dikisar dengan kepercayaan dari hati diceritakan melalui dialog antara dia dan pekerja terbabit.

“Nampak makanan atas meja itu? Itu nasi goreng USA saya yang ada seekor lalat di dalamnya. Ceritanya begini.

“Eh makanan sudah sampai. Alihkan telefon dan beg!” kata saya kepada anak dan isteri. Perut lapar kerana baru pulang dari Cameron Highlands.

“Nasi goreng ayam dan paprik diberikan kepada anak dan isteri oleh pekerja. Tiba giliran saya, saya hulurkan tangan membantu pekerja tersebut.

Ketika dia ingin membantu, pekerja tersebut menyedari ada sesuatu di atas permukaan nasi goreng tersebut.

“Kejap, tengok ni,” jari telunjuk pekerja menghala ke pinggan nasi goreng USA nya.

“Eh, ada lalat, sekejap ya,” kata pekerja berkenaan.

Lalu, pekerja itu kemudian membawa nasi yang mengandungi lalat itu ke dapur. Dari situlah pelanggan berkenaan terkesima dengan apa yang dibuat.

“Dalam hati terdetik firasat nakal. Ini nanti dia buang sahaja lalat tu. Selepas itu diberi saya makan. Jahatnya pemikiran saya haish.

“Tapi saya silap, pinggan itu sengaja ditinggalkan di atas meja yang kami boleh nampak. Pekerja itu kemudiannya ke dapur dan menjerit minta satu lagi nasi goreng USA!,” ceritanya.

Tambahnya, pekerja itu bukan meletakkan pinggan yang ada lalat. Tetapi sebuah kepercayaan yang dilihat dari mata kasar dan dirasai dengan hati.

“Hebat layanan dia. Kami pasti datang lagi!”, ujarnya lagi dalam kisah pekerja mengendalikan isu lalat dalam nasi goreng pelanggan itu.

Pekerja Bukan Sahaja Letak Pinggan, Tapi Letak Kepercayaan

lalat dalam nasi goreng

Melihat ruangan komen netizen, ramai yang turut kagum dan tidak kurang juga ada yang berkongsi tentang pengalaman masing-masing berhadapan dengan situasi di kedai makan.

“Saya makan tomyam, kunyah-kunyah tak hancur. Rupanya getah sayur sepanjang 1 inci ruas jari. Untuk lebih kepastian tarik banyak kali berdetus-detus bunyi getah. Terus stop makan bagitahu chef. Cashier tolak harga semangkuk tomyam,” kata netizen bernama Nana.

“Disebabkan lalat seekor. Allah naikkan darjat atas kejujurandan ikhlasnya. Semoga perniagaan terus berkembang,” komen netizen lain bernama Norliza.

Tuhan Permudahkan Rezeki Orang Yang Mudahkan Orang Lain

lalat dalam nasi goreng

Melalui kisah layanan hebat pekerja kedai makan terhadap lalat dalam nasi goreng pelanggan ini, kita dapat simpulkan bahawa kepercayaan diantara peniaga dan pelanggan adalah faktor penting dalam berniaga. Kita memanusiakan manusia, maka Tuhan akan menambahkan rezeki kita.

Sumber: Mohd Noor Azam Ateh

Baca lagi: “Malas Nak Turun..”, Pelanggan Ambil Makanan Dari Rider Foodpanda Guna Tali, Ramai Netizen Teruja

tags: | |