Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Semuanya Sudah Habis..” Syukur Jumpa Maggi Tepi Sungai, Lelaki Ini Minta Pemilik Halalkannya

“Semuanya Sudah Habis..” Syukur Jumpa Maggi Tepi Sungai, Lelaki Ini Minta Pemilik Halalkannya

Kategori:
syukur jumpa Maggi

Sejak bencana banjir melanda beberapa buah negeri di Malaysia, pelbagai kisah yang menyedihkan yang telah kita dengar. Selain kehilangan nyawa, tempat tinggal dan barangan kesayangan mangsa banjir juga turut diuji dengan kelaparan. Hampir 2 hari terperangkap dan terkandas, pastinya mereka ini akan berasa lapar teramat sangat.

Apabila dah lapar, pelbagai cara yang mereka sanggup lakukan. Seperti mana yang terbaharu ada mangsa banjir sempat memecah masuk kedai serbaneka atau pun pasaraya bagi mendapatkan makanan. Sudah darurat, mungkin itu sahaja yang mereka boleh dan terpaksa lakukan.

Lelaki syukur temui Maggi di tepi sungai

Malah terbaharu, seorang lelaki pejuangsukses037 sempat berkongsi sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan penemuan Maggi di tepi sungai. Disebabkan semuanya sudah habis kerana banjir yang melanda, lelaki ini syukur kerana jumpa sepeket Maggi Asam Laksa dan 1 bungkus Maggi Kari.

Dia juga sempat menulis di caption agar pemilik Maggi berkenaan menghalalkannya. Menerusi video tersebut kelihatan bungkusan Maggi tersebut diambil olehnya.

@pejuangsukses037yang punya megi ini semuga menghalalkanya ya🤲🥲 ##videoviral ##prayformalaysia ##banjir ##fyp

♬ suara asli – Aries ardanj – Aries ardani

Menjengah ke ruangan komen, pastinya pelbagai reaksi dan komen dari warganet. Namun rata-ratanya berasa sangat sedih dengan keadaan itu. Malah ramai yang mendoakan lelaki ini agar sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan.

Minta dihalalkan ye..

Dalam masa yang sama ada juga yang sempat meninggalkan komen mengatakan itu adalah rezeki yang Allah hantar. Tidak kurang juga ada yang berasa serba salah kerana mereka kekenyangan namun mangsa banjir susah nak cari makan.

Sayunya hati..

Kita kenyang-kenyang..

InshaAllah pemilik Maggi berkenaan sudah pun menghalalkannya. Saat susah macam ini, pasti mereka akan mengikhlaskannya. Semoga mangsa banjir saat ini terus kuat dan selamat sentiasa.

Kredit: TikTok pejuangsukses037

Baca juga: “Sebak Tengok Anak-Anak..”, Kerana Lapar Keluarga Ini Masak Maggi Pakai Air Mineral Dan Panaskan Atas Bumbung Rumah Undang Sebak Warganet!

tags: |