Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jumpa ‘Ubat Stepler’ Dalam Makanan, Pelanggan Terkejut Hingga Ngeri Nak Makan!

Jumpa ‘Ubat Stepler’ Dalam Makanan, Pelanggan Terkejut Hingga Ngeri Nak Makan!

Kategori:
'ubat stepler' dalam makanan

Dalam zaman teknologi dan penyebaran maklumat yang pantas dan cekap, pelbagai hantaran dimuat naik di media sosial untuk mengutarakan pendapat, aduan atau luahan. Keluhan dan luahan tentang kebersihan makanan juga merupakan antara luahan yang popular di media sosial.

Baru-baru ini, media hangat dengan video yang tular berkenaan roti canai yang tercampur dengan tali mop di dalamnya. Tak terjangkau dek akal apabila ada tali mop di dalam makanan, bukan?

Jumpa ‘Ubat Stepler’ Dalam Makanan, Pelanggan Terkejut Hingga Ngeri Nak Makan!

Terbaharu, satu lagi isu yang tular dan boleh dikatakan ngeri berkenaan keluhan makanan oleh pelanggan menjadi buah mulut netizen. Ia berkenaan seorang pelanggan berdepan dengan detik yang tidak boleh dilupakan apabila terjumpa ‘ubat stepler’ dalam makanan yang dibelinya.

‘Ubat stepler’ atau dawai kokot itu dijumpai dalam makanan dengan saiz yang besar. Bayangkan jika budak kecil yang memakannya, kemungkinan untuk mereka tertelan adalah tinggi. Ngeri kan bila fikir ‘ubat stepler’ boleh ada dalam makanan?

'ubat stepler' dalam makanan

Ia berlaku di salah sebuah kedai lemper di Indonesia. Ketika menggigit makanan terbabit, dia menemui objek yang pelik pada isi lemper tersebut yang kebiasaannya adalah daging lembu ataupun ayam.

Alangkahnya terkejut apabila pelanggan tersebut menemui dawai kokot berbentuk segi empat tepat yang diiperbuat daripada logam. Walau bagaimanapun, dia tetap bersangka baik selepas menemui objek tersebut.

“Punya masalah hidup apa ini yang bikin”, jelasnya di dalam video.

'ubat stepler' dalam makanan

Melihat ruangan komen, rata-rata memberi pendapat sendiri tentang isu terbabit. Ada yang menyatakan bahawa inilah sebab dan alasan mengapa dawai kokot tidak dibenarkan untuk penyediaan makanan.

Mengambil salah satu komen netizen, Faridzul Akram berkata, “sebab ini lah diaharamkan guna stapler dalam penyediaan makanan. Di pasar malam banyak sangat guna. Time kalut termasuk dalam makanan terus.

Selain itu, ada juga netizen yang merasakan ini adalah khianat orang lain kepada peniaga tersebut.

“Saja naya orang. Takkan sebesar itu tak rasa ada benda dalam pulut. Ke kau pembeli yang saja lletak sebab nak rosakkan periuk nasi orang,” tulisnya memberi komen tentang isu ‘ubat stepler’ dalam makanan berkenaan.

Sebab Kenapa Stepler Tidak Dibenarkan Dalam Penyediaan Makanan, Atau Kes Aniaya?

'ubat stepler' dalam makanan

Rasanya, jika berfikir dengan akal yang waras, mana mungkin seseorang tidak perasan ‘ubat stepler’ yang sebesar seperti dalam gambar. Apa lagi bagi orang yang membungkus makanan berkenaan.

Apa kata anda?

Sumber: Harian Kopas

Baca juga: “Tak Perlu Jual Ayam Mahal Macam Nak Ke Mekah Balik Hari..”, Jukee Ayam Bongkar Isu Ayam Sebenar

tags: | |