Nasi Lemak merupakan makanan yang mencerminkan identiti rakyat Malaysia. Ia menonjolkan kesepaduan rakyat Malaysia apabila Nasi Lemak menjadi hidangan di atas meja yang dipenuhi dengan rakyat pelbagai bangsa makan bersama.
Baru-baru ini, Nasi Lemak sekali lagi menjadi bualan ramai apabila memaparkan juri rancangan realiti MasterChef Australia memakan hidangan kebanggaan Malaysia dengan tangan hingga menarik perhatian rakyat di negara ini.
Menerusi perkongsian video daripada auntieshopee_ di laman TikTok, juri tersebut melakukan tindakan di luar kebiasaan dengan menggunakan tangan untuk menyuap makanan berbanding penggunaan sudu dan garpu yang merupakan kebiasaan mereka.
Di dalam video berkenaan, Andy Allen bertindak untuk melakukan hal begitu selepas salah seorang peserta MasterChef Australia Season 14 kelahiran Kuala Lumpur, Alvin Quah memasak sajian tersebut untuk dihidangkan kepada juri.
Ketika dia sedak memasak, juri-juri yang lain datang untuk berbual dengannua semasa Alvin menyediakan Nasi Lemak.
“Apa yang anda sedang masak?” tanya salah seorang juri.“Saya sedang buat nasi lemak. Jika saya makan hidangan ini saya seolah-olah berada di tepi jalan lagi dilengkapi dengan kopi Malaysia.
“(Saya telah) siapkan rendang daging dan nasi. Turut disediakan kacang tanah, ikan bilis, timun dan telur baru saja direbus.“Dan jika saya boleh menyuruh kamu makan dengan tangan kamu, saya akan melakukannya,” kata Alvin dalam rancangan MasterChef Australia berkenaan.
Kemudian, apabila tiba masa untuk merasai hidangan tersebut, Andy yang mengikut perintah Alvin makan menggunakan tangan tanpa teragak-agak. Walaupun kelihatan kekok, namun dia masih dapat menyuapkan makanan ke dalam mulut tanpa memerlukan bantuan orang lain.
Menurut Andy, penggunaan tangan ketika makan membuatkan ia lebih sedap berbanding menggunakan sudu dan garpu.“Lebih sedap dengan tangan,” komen Andy.
Selain nikmat dimakan dengan tangan, makanan yang disediakan Alvin juga memenuhi cita rasa juri-juri tersebut. Rata-rata mereka memuji kemahiran Alvin dalam menampilkan rasa klasik dalam hidangan nasi lemak dan rendang tersebut.
Salah seorang juri memuji masakan Alvin dengan mengatakan masakan Malaysia unik susulan mempunyai hidangan sampingan yang pelbagai.
“Itulah yang menjadikan masakan Malaysia menarik disebabkan oleh hidangan sampingannya,” katanya.
@auntieshopee_ Juri pun reti ikut style kita makan “pakai tangan” lagi sedap 😋😋 #fyp #masterchef #masterchefaustralia #masterchefau #foryoupage #fypシ #fypmalaysia #tiktokmalaysia #nasilemak #paratii #viral #foryou #poh #tiktok
@auntieshopee_ Juri pun reti ikut style kita makan “pakai tangan” lagi sedap 😋😋 #fyp #masterchef #masterchefaustralia #masterchefau #foryoupage #fypシ #fypmalaysia #tiktokmalaysia #nasilemak #paratii #viral #foryou #poh #tiktok ♬ original sound – +99
Perkara tersebut kemudiannya meraih perhatian orang ramai di mana sesetengah mereka tidak menafikan kelazatan hidangan kebangsaan itu.
Masterchef merupakan pertandingan memasak televisyen dan disiarkan selama tiga bulan.
Ia mengumpulkan orang yang mahir dalam bidang tersebut dan turut disertai seramai 24 peserta setiap tahun.
Sumber: Siakap Keli / auntieshopee__
Baca juga: Peniaga Makanan Laut Tular dikompaun RM1,500 -Fuziah Salleh