Kalau tonton televisyen tanpa kudapan memang tak lengkap rasanya. Movie baru je bermula tapi kudapan dah habis sebalang. Mungkin selepas ni boleh cuba buat sendiri pula kudapan untuk sekeluarga seperti kacang garing goreng bawang putih. Jom lihat resepinya di bawah.
Resepi Kacang Garing Goreng Bawang Putih
Bahan-bahan:
- 1 kg kacang tanah yang telah siap dibuang kulit – dibersih dan toskan
- 2 sudu makan baking powder – untuk merangupkan kacang dan cepat garing.
- 4 ulas atau lebih bawang putih – ditumbuk
- 1 – 2 sudu makan ketumbar – ditumbuk
- Garam
- Stock ikan bilis (jika suka)
- Serbuk lada hitam
- Air
- Bawang putih tambahan – dihiris
- Daun kari
- Lada kering – hiris
- Minyak
Cara-cara:
- Rebus air bersama bawang putih dan ketumbar yang telah ditumbuk. Masukkan bersama baking powder.
- Dan masukkan juga garam dan kacang tanah. Rebus selama 5 ke 10 minit.
- Anggaran minit yang dikehendaki, angkat kacang dan toskan. Biarkan sehingga agak kering.
- Untuk lebih sedap, tambahkan hirisan bawang putih, daun kari dan hirisan cili kering.
- Goreng kacang dengan memainkan api yang sederhana. Setelah agak kuning, angkat dan toskan.
- Gaulkan bersama stok ikan bilis dan serbuk lada hitam. Terpulang atas masing2 untuk merasakan kesesuaian kesedapan.
- Siap!
Kredit: Angah Izan