Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Allah Dah Bayar, Datang Ambil Je,” Kafe Ini Tawar Makan Percuma Untuk Warga JB Yang Memerlukan

“Allah Dah Bayar, Datang Ambil Je,” Kafe Ini Tawar Makan Percuma Untuk Warga JB Yang Memerlukan

Kategori:

Baru-baru ini tular sebuah Kafe di Johor Bharu menawarkan makanan percuma kepada mereka yang betul-betul memerlukan dan tidak mempunyai duit untuk makan. Bukan itu sahaja, warga Johor Bharu yang tidak cukup duit untuk menjamah makanan juga boleh datang ke Kafe berkenaan.

Menurut pemiliknya, jangan malu untuk datang kerana beliau faham ramai yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan.

“ALLAH DAH BAYAR , DATANG AMBIL JE, TAK YAH MALU TAK YAH SEGAN.”

Tadi ada seorang hamba Allah dtg kafe abang mintak makan . Katanya dah beberapa hari tak makan nasi dan kena buang kerja akibat PKP . Sebak hati bila dengar mcm tu . Rupanya ramai yang terkesan akibat PKP.

Untuk warga JB, yang betul betul memerlukan, kalau takde duit nak makan nasi atau ayam goreng musim pkp ni atau anak anak nak makan ayam, tpi tak cukup duit nak beli, datang je kafe abang. Bagitahu staff abang atau abang sendiri bahawa takde duit nak makan. Takpe Allah ada, allah yang membayarnya. Takyah malu, makan la sampai kenyang. Semoga semuanya terbalas di akhirat sana.

Kawan kawan, mohon share biar sampai pada yang betul betul memerlukan. Saya tahu pasti ramai yang terkesan akibat PKP. Allah swt sahaja yang mmpu memblas jasa kalian.

Alamat: KAFE ATEYH FRIED CHICKEN

No 18 G, Jalan Kolam Air 2, 80100 Nong Chik Johor Bharu

https://www.facebook.com/AteyhFriedChickenHq/posts/244443503838861

Sehubungan dengan itu, pihak Kafe tersebut turut memaklumkan ada hamba Allah yang sudi memberi sumbangan untuk membantu mereka mengagihkan makanan kepada pelanggan yang datang.

Sumber: Ateyh Fried Chicken HQ

tags: |