Kunyit merupakan antara bahan masakan yang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Selain baik untuk kesihatan dalaman, kunyit juga sangat bagus untuk kecantikan luar. Sering kali kita dengar yang kunyit ini sering dijadikan masker dan pastinya ramai yang sudah mencuba.
Tetapi sebelum anda mencuba, pastikan anda tahu cara untuk digunakan pada wajah jika tidak ingin perkara yang tidak diingini berlaku. Seperti mana pengalaman seorang gadis Indonesia di akaun TikTok ini.
Menerusi perkongsian video tersebut, gadis yang dikenali dengan nama April ini dilihat baru sahaja selesai memakaikan seluruh mukanya dengan masker kunyit tersebut. Kemudian dia sudah membasuh tangannya tetapi tiba-tiba menyedari kuning kunyit tersebut masih melekat pada tangannya.
https://www.tiktok.com/@aprillnt_/video/6921320737152208129?sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
@aprillnt_gimana biar cepet ilang,. 😢 #LompatSetinggiBintang #KibasSampaiLusa #ohno #ohnono #fyp #fypシ #zoommyface #fypgakni #maskerviraltiktok #maskerorganik♬ Oh No – Kreepa
Dengan muka yang terkejut dan panik April mulai sedar bahawa mukanya pasti kuning dan warna kunyit tersebut tidak hilang seperti mana tangannya. Lalu tanpa menunggu lebih lama dia menggunakan air suam dan juga tisu untuk membilas wajahnya. Namun kesan kuning pada wajahnya masih juga jelas kelihatan.
Gadis tersebut turut mencari jalan lain dengan menggunakan sabun pencuci muka serta makeup remover tetapi tetap juga tidak berhasil. Rata-rata netizen yang melihat berasa sangat terhibur dengan keadaan yang menimpa April. Selain itu, ada juga yang memberikan tips berguna kepadanya untuk menghilangkan kesan kunyit tersebut.
https://www.tiktok.com/@aprillnt_/video/6921475584044371202?sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
@aprillnt_Balas @ptr_peterrr tpi itu aku usap usap lg y, ngk sempet ngerecord, hasil di pagiharinya part selanjutnya, ngk ckp :’ #jagoUTBK #fyp #fypシ #ohno♬ Oh No – Kreepa
Sumber: TikTok April