Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “4 Tahun Berniaga Kali Pertama Nasi Arab Basi,” Peniaga Sedih Rugi Berkilo Beras, Tak Tahu Apa Punca

“4 Tahun Berniaga Kali Pertama Nasi Arab Basi,” Peniaga Sedih Rugi Berkilo Beras, Tak Tahu Apa Punca

Kategori:
nasi arab basi

Dalam berniaga, pelbagai dugaan harus dihadapi peniaga. Bagaikan roda berputar, terkadang kita berada di atas, dan terkadang berada di bawah. Maka dengan itu, kita haruslah mempersiapkan fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang ujian yang tidak disangka.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh peniaga nasi arab Sweet Habibi, dia menceritakan bagaimana satu kejadian yang tidak pernah disangka terjadi kepada perniagaannya. Tetapi dengan hati terbuka, dia menerima apa adanya. Menurutnya, mungkin Tuhan sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik.

“4 Tahun Berniaga Kali Pertama Nasi Arab Basi,” Peniaga Sedih Rugi Berkilo Beras, Tak Tahu Apa Punca

nasi arab basi

“Hari ini bukan rezeki kami. 4 tahun berniaga dari rumah ini pertama kali nasi arab kami basi. Masa setup khemah, nasi elok cantik macam biasa. Lepas sejam terus berlendir melekit dan berbau.

“Setiap hari kami masak fresh. Warmer pun baru beli bulan 4 haritu. Sedih sangat mengenangkan kami bangun awal pagi nak buat persiapan memasak. Nasi Arab bukan murah kan?”, luahnya dalam video 4 tahun berniaga, kali pertama nasi arab basi.

Menerusi video itu juga, dia menyatakan bahawa dia mengalami kerugian  sebanya berkilogram beras dan menerima takdir bahawa ada rezeki lain yang akan datang.

“Takpalah, hilang 3 kilo beras. Mungkin ada rezeki lain Allah nak bagi. Doakan ya,” jelasnya lagi.

Setiap Hari Kami Masak Fresh, Mungkin Tuhan Nak Bagi Rezeki Lain

nasi arab basi

https://www.tiktok.com/@sweet_habibi/video/7146607224478125339?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7125260166590121473

@sweet_habibi Jangan sedih, Allah ada. ❤ #fyp #ujiankecil #kuat ♬ Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang memberi semangat kepada peniaga nasi arab terbabit. Kata mereka, ujian datang untuk menguatkan bukan untuk melemahkan. Mungkin akan dapat dipelajari sesuatu darinya.

“Bersangka baik lah dengan rezeki Allah. In shaa Allah gantikan dengan lebih baik. Ingat, jangan sesekali bersangka buruk. Nasihat untuk diri saya sendiri,” kata netizen bernama Safie.

“Sekali kita jatuh, 10 kali kita akan bangkit,” ujar netizen lain bernama Sam.

“Moga sentiasa murah rezeki sis. Cabaran berniaga Allah nak gantikan dengan yang lebih baik,” kata rata-rata netizen lain.

Cabaran Berniaga…

nasi arab basi

Melalui kisah 4 tahun berniaga kali pertama nasi arab basi oleh peniaga ini, kita harus bersiap sedia dengan segala ujian yang akan datang. Ia termasuklah perkara yang tidak diduga. Semoga peniaga di luar sana akan terus bertahan dan maju dengan lebih jayanya.

Sumber: Sweet Habibi 

Baca juga: “Cover Sewa Pun Tak Lepas..”, Peniaga Kesal Pengunjung Sedikit, Tak Sangka Penganjur Promosikan Begini

tags: | |